“Jadi Suami Yang Baik..” – Tak Tertahan Sedih, Fazura Menangis Di Majlis Pernikahan Rakan Baik

Hari ini pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin telah pun sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati dikenali sebagai, Nurida Suraya.

Pada majlis pernikahan yang berlangsung  pagi tadi, turut dihadiri oleh teman-teman rapat Rizman dan Nurida, antara yang kelihatan adalah Dato Siti Nurhaliza, Fazura, dan Nazim Othman.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah reaksi sebak Fazura selepas sahabat baiknya itu selamat diijabkabulkan. Terlalu gembira dan sebbak, dua sahabat baik itu dilihat saling bertangisan.

Menerusi video yang dimuat di IG, dalam keadaan sebak, Fazura sempat memberi pesan supaya Rizman menjadi suami yang baik kepada isterinya.

Umum sedia maklum bahawa dua figura ini telah lama bersahabat, jadi sudah tentu menjadi satu momen indah buat Fazura melihat hari bahagia sahabat baiknya itu.

Semoga bahtera yang baru dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat, tahniah diucapkan kepada Rizman dan isteri dan selamat melayari alam perkahwinan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Fazura via TheReporter, ViralGempak