“Assalamualaikum Muhammad Adam Aysar,” – Usia 25 Hari, Akhirnya Bekas Isteri PU Abu Dedah Wajah Penuh Anak

Hari ini genap 25 hari anak kepada bekas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif.

Malah, Ain yang telah selamat melahirkan anak pada 7 Jun lalu di sebuah h0spital di Shah Alam kini telah mendedahkan wajah penuhnya.

Sekali gus mengumumkan nama kelahiran bayi lelaki itu, Muhammad Adam Aysar.

“Tak sangka dah nak sebulan dah sayang. Moga umi direzekikan dapat menjaga dan melihat kamu membesar hingga sampai waktunya.

“Umi tak ada benda lain boleh bagi melainkan jiwa umi cukup besar untuk terus beri kasih dan sayang pada Aysar. 7 Jun 2019,12:55pm,” tulisnya. 

Video yang berlatarbelakangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng memaparkan kecerian wajah bayi comel itu.

Lalu, netizen telah meninggalkann komen yang pelbagai terhadap video yang pastinya menyentuh emosi.

Terdahulu,  Abu telah mencer4ikan Ain pada 13 Mac menerusi aplikasi Whatsapp ketika Ain sedang h4mil tujuh bulan  dan memilih janda anak satu, Hana Azraa sebagai teman hidup.

Video : Instagram Ain Aifini

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH