“Dapat maklumat dari orang asli tentang ada satu bau busuk”- Mejar Fitri Guna Pengalaman Teknik ‘pengesan tempur tentera’ Dan Bergabung Ilmu Dengan Anggota Bomba (MUST) Dlm Misi Mencari Acap.

Perkongsian ini dipetik dari FB Mohd Fitri:

Assalamualaikum sahabat..

JUMAAT, jam 12 tengah malam, saya sampai ke Gopeng seorang diri, niat semata-mata nak membantu sedaya mampu.

Saya pegang kepada kata-kata guru saya, “Kalau masuk ke tempat orang, beradablah, jangan biadab. Kalau ilmu setinggi gunung, kalau tak ada adab masuk tempat orang, maka ilmu kamu tidak ada nilainya”

Jadi saya terus berjumpa abang kandung asyraf (acap) yg bernama Alan dan adik beradiknya yg lain. Saya tidur satu bilik dengan Alan .

Pagi SABTU, saya dan Alan ambil ayahnya, kami minum pagi bertiga. Lepas minum pagi, kami ke beberapa lokasi dan berjalan kaki bersama-sama meninjau semua kawasan.

Tengahari, kami ke pusat kawalan bomba di kampung yg dekat dengan bukit batu putih. Saya berjumpa dan berbincang panjang dengan ketua operasi penyelamat disitu dan pegawai2 bomba yg lain.

Petang, saya dan Alan ke rumah seorang pakcik yg sudah uzur dan tua, yg tinggi ilmunya di kawasan ini. Pelik, selama 14 hari pencarian, semua orang yg datang dari luar kawasan ini, tidak ada seorang pun pergi mengadap dan minta pendapat pakcik ini. Sedangkan beliau dah 40 tahun bantu ‘berubat’ orang di kawasan ini. Beliau juga ‘orang lama’ dalam bidang ini yg masih hidup, sahabat-sahabat pakcik ini yg lain sudah meninggal dunia. Jadi saya dan Alan pergi mengadap pakcik ini dirumahnya dan berbincang panjang. (Apa yg dibincangkan, saya tak akan cerita)

Selepas jumpa pakcik itu, saya dan Alan ambil ayahnya dan kami bertiga ke satu lokasi lagi. Sehinggalah magrib dan sampai ke malam.. kemudian kami bertiga keluar dari situ dan saya makan malam dengan alan, ayah acap dan team penyelamat bomba. Lepas makan saya jumpa emak acap dan ahli keluarga yg lain.

Malam tadi saya dapat lagi tidur dan rehat satu bilik dengan Alan dan keluarga yg lain di bilik2 sebelah.

Saya sudah penuhi ajaran guru saya, iaitu adab ilmu jika masuk ke tempat orang iaitu=

1. Jumpa dan minta izin dari keluarga orang yg hilang. Sebaiknya ialah ayah atau adik beradik kandung lelaki.

2. Jumpa, berbincang dan minta izin dengan orang yg berilmu dalam bidang itu yg mahir didalam kawasan itu.

3. Jumpa dengan orang atau pihak yg paling berkuasa dalam urusan itu di kawasan itu.

KESIMPULAN= Saya sudah tahu keseluruhan cerita dan apa yg berlaku selama 15 hari yg lepas. Kerana saya dapat maklumat lengkap dari 3 pihak (keluarganya, penguasa dan bomba yg urus sejak hari pertama, dan orang yg berilmu yg sudah berpuluh tahun duduk disitu)

Jadi.. saya harap kepada orang lain JANGAN lagi mereka-reka cerita, buat fitnah, jangan merepek dengan andaian yg tak tentu. Ada ramai pula orang yg ‘ambil kesempatan diatas orang yg sedang dalam kesempitan’. Apapun yg kamu letak di Fb, keluarga acap ini membaca dan mereka hanya mampu geleng kepala dengan berbagai kerenah manusia.

Saya sendiri TIDAK AKAN cerita apapun dalam Fb ini tentang usaha mereka-mereka yg sudah dibuat atau apapun perkara mistik yg saya jumpa atau yg saya lalui. Saya tulis ini pun atas izin abang kandung acap.

Hormatilah keluarga acap disini. Saya masih disini dan sekarang nak pergi minum pagi dan ke satu lokasi dengan abang kandung dan ayah acap.

*Hentikan andaian dan cerita-cerita merepek yg disebarkan. Mari sama-usaha dan bersama doakan*

“Dapat maklumat dari orang asli tentang ada satu bau busuk”

Anggota bomba Multi Skill Team (MUST) adalah satu kumpulan pakar dalam banyak bidang didalam Bomba Malaysia. Jadi ini saya tulis tentang mereka.

Petang tadi saya telah diajak oleh kumpulan ini untuk sama-sama menyiasat satu maklumat dari orang asli tentang ada satu bau busuk di lereng tinggi dalam hutan simpan Bukit Kinta.

Tiba di tempat petunjuk itu, saya dan ahli MUST itu bergabung ilmu dan memeriksa tempat itu dan jumpa punca bau busuk itu. Banyak lalat dan langau. Selepas itu saya buat bantu dan teknik ‘pengesan tempur tentera’ selama setengah jam di situ untuk mengikuti kesan-kesan lain jika ada.

Kesimpulan, kami semua berpendapat, itu bukan bau atau kesan mayat manusia. (Alhamdulillah) … Kami pun turun dari bukit itu, keluar dari hutan dan terus bergerak ke kawasan lain untuk buat 1 lagi usaha bersama-sama.

Hari ini saya belajar banyak tentang kelebihan anggota-anggota pakar dari pihak bomba. Banyak kepakaran yg mereka ada untuk usaha menyelamat di darat, laut dan udara. Saya tulis ini khas untuk menghargai semua anggota bomba yg telah berusaha sedaya upaya.

Di depan mata saya selama dua hari ini, berbagai usaha dari jabatan2 kerajaan, dari orang kampung, orang ramai yg berduyun dari tempat jauh.. semua berusaha dengan cara mereka. Sebak hati saya nak tinggalkan ayah acap dan adik beradik acap.

Apapun strategi dan perancangan yg telah dibincang dan dirancang oleh keluarga acap, pihak bomba, saya doakan akan berhasil.

Saya sekarang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Selama 2 hari 2 malam sudah disini, jadi saya kena pulang ke keluarga saya dan masuk kerja esok. Sekian. Assalamualaikum..

‎وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٢٢

“Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu” (Surah Luqman: ayat 22)

Komen Netizen:

Saya rasa tuan yang selisih dengan saya sekitar pukul 7 waktu hujan renyai di area gua kandu semalam kan? Tuan bertiga jalan kaki. Saya dan rakan naik Triton Hitam dan sempat tegur!

Azura Siti Tuan, kita x boleh menidakkan keupayaan setiap agensi mahupun individu… semua ada kekuatan dan kelebihan masing2. Utk kes acap, hanya Allah Maha Mengetahui. Sapa kata askar x leh geng ngan unit lain. Tuan dh buktikan ye tak!

Salena Shafiee Terima kasih tuan.. Semoga Allah berikan jawapan. Syukur sangat misteri bau busuk tu dah terjawab. Hati-hati memandu & semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga.

Update Terkini Sumber FB Mohd Fitri via Edisimedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon