“Ramai Orang Salah Faham Sebenarnya…” – Ain Edruce Tampil Jelaskan Hal Sebenar

0
290

PELAKON Ain Edruce menjelaskan foto yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat bukanlah majlis bertunang sebaliknya rombongan merisik daripada kekasihnya Amirul Hafiz.

Menurut Ain, 28, kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangannya pada Jun depan.

“Ramai orang salah faham, sebenarnya itu majlis merisik bukan bertunang. Rombongan lelaki datang ke rumah semalam (Khamis).

“Insya-Allah, kami mungkin mengadakan majlis pertunangan Syawal ini. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya!,” katanya 

Perkongsian Ain di Instagram.

Foto yang dikongsi dilaman tersebut menerima 50,000 tanda suka dan komen tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Ditanya mengenai majlis pernikahan, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini berkata kedua ibu-bapa mereka memberi keizinan untuknya memilih tarikh bersesuaian.

“Tentang pernikahan, ibu bapa memberi peluang kepada kami untuk memilih tarikh yang sesuai.

“Kami akan berkahwin tahun depan dan rasanya 20 Februari 2020 itu macam menarik pula!,” ujarnya yang sudah menjalinkan hubungan dengan Amirul kira-kira setahun lalu.

Sumber : mstar

“Tak Perlu Mini Pelamin & Grand Dress” – Majlis Merisik Ringkas Ain Edruce Dipuji Netizen

Model, pengacara dan pelakon Nurul Ain Edruce atau Ain Edruce telah selamat dirisik kekasih hatinya, Amirul Hafiz.

Berita gembira itu telah dikongsi menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“I don’t know where to start… The best picture I had so far. ALHAMDULILLAH” katanya.

Rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada Ain serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Malah ramai juga yang memuji majlis merisik itu yang dilakukan secara ringkas.

Ini antara kata-kata netizen yang di tinggalkan di ruangan komen entri Instagram Ain.

mizz_iela

Tahniah ain! ❤️😊

ndiahhalm

Alhamdulillah, congrats!!

sweet_nanie

Simple tapi kita suka…tahniah

Malinja_qistina

Sgt bsederhana…xda plamin pun…simple…thniahhh….😘😘😘@ainedruce

wendywinda

Alhamdulillah tahniah ain..smga berkat hingga ke syurga…aaminn

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar VIA sweetnutella

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here