Abang Ipar Buka Mulut, Dedah Hubungan Sebenar Acap Dan Isteri.. Bukan Seperti Yang Disangka.

Minggu ini sudah masuk minggu ketiga kehilangan pelari Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap. Pelbagai usaha pencarian dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan sukarelawan yang berkampung di kaki Bukit Batu Putih, namun usaha gigih ini masih belum membuahkan hasilnya.

POLIS menerima empat l4poran berhubung berita palsu memb4bitkan kehilangan peserta Gopeng Urban Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, sejak 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, sehingga kini pihaknya menerima empat l4poran polis berkaitan kenyataan palsu mengenai kehilangan Mohammad Ashraf.

Menurutnya, l4poran pertama diterima daripada seorang lelaki, 38, pada 4.25 petang 4 April lalu mend4kwa melihat satu tangkap layar status Facebook (FB) dalam aplikasi kumpulan WhatsApp pada 9 pagi hari berkenaan.

“Seorang tidak dikenali menggunakan nama Putra Al-Mukmin menyatakan di dalam statusnya Acap sudah selamat dijumpai. Tahniah pada semua yang membantu.. #TEAMCOBRA.

“Status yang dimuat naik itu adalah tidak benar dan pengadu merasa terkilan dengan status dimuat naik di dalam akaun FB berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kampar, hari ini.

Menurutnya, laporan kedua dibuat salah seorang anggota penyelamat berusia 38 tahun pada 8 April lalu.

“Semasa pengadu sedang bertugas di Kampung Pintu Padang, Gopeng, di sini jam 12.15 tengah malam hari berkenaan dia mend4kwa menerima satu pesanan ringkas WhatsApp menyatakan ada satu laman FB menyatakan Ashraf (Acap) sudah dijumpai oleh pasukan bomba, polis, ustaz dan tentera.

“Status FB itu turut mend4kwa malangnya selepas dijumpai beliau (Acap) tidak mahu balik walaupun di pujuk kerana sudah berkahwin dengan jin dan pengadu membuat laporan kerana menafikan kenyataan viral itu kerana tidak benar,” katanya.

Menurutnya, laporan ketiga pula dibuat lelaki berusia 62 tahun pada 10 April (semalam) berhubung satu rakaman suara di laman FB yang did4kwa suara itu milik warga emas terbabit.

“Lelaki berkenaan menafikan rakaman suara yang tular itu adalah miliknya dan membuat laporan polis 3 petang semalam.

“Laporan keempat pula dibuat lelaki berusia 32 tahun menafikan tvdvhan satu pemilik FB yang mengatakan pihak Penganjur GUT 2019 bersikap lepas tangan dalam pencarian Orang Hilang di Gopeng,” katanya.

Hasron Nazri, berkata bagi laporan pertama hingga ketiga diarah untuk merujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut manakala laporan keempat diklasifikan sebagai tiada kesalahan jenayah.

“Polis akan menjalankan siasatan berlandaskan fakta dan bukti serta mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita berdasarkan persepsi sendiri melalui media sosial tetapi sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya.

Acap, isteri ‘loving couple’

SELEPAS 20 hari kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, akhirnya keluarga isteri kepada Juruteknologi Makmal, Klinik Kesihatan Muar, Johor itu tampil meluahkan perasaan mereka.

Abang Ipar Buka Mulut, Dedah Hubungan Sebenar Acap Dan Isteri.. Bukan Seperti Yang Disangka.

Kehilangan Mohammad Ashraf yang lebih mesra dipanggil Acap di kalangan keluarga dan rakan itu menimbulkan pelbagai sp3kulasi termasuk terdapat d4kwaan kononnya Acap ada masalah rumah tangga.

Abang ipar Acap, Abdul Halim Mohamad Ramli, 41, berkata, rumah tangga adiknya, Hamiza dan Acap tiada masalah dan mereka adalah pasangan yang saling mencintai tidak seperti khabar angin mengatakan mereka berg4duh dan sebagainya.

Bagi saya mereka ini ‘loving couple’ dan langsung tiada masalah malah pada hari program larian itu diadakan mereka merancang ke taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) selepas tamat larian namun Acap tidak dapat cuti panjang susulan cuti dibekukan berikutan isu Sungai Kim Kim di Johor, jadi tak dapatlah mereka ke sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Halim berkata, hubungan kedua-dua keluarga juga sangat rapat dan Acap walaupun ada rumah sendiri tetapi kerap tinggal di rumah ibu mentuanya di Muar.

Menurutnya, ketika ini isteri dan anak Acap berada di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor dan mereka setiap hari bergilir-gilir berulang-alik ke Gopeng bagi melakukan pencarian.

Solat Hajat mohon agar Acap ditemui, hampir 1,000 jemaah masjid bersatu hati mohon petunjuk Illahi

Ditanya berkenaan adiknya yang enggan ditemubual, Abdul Halim berkata, adiknya itu mungkin berada dalam keadaan terkejut dengan kehilangan suaminya.

“Hamiza bersama ahli keluarga yang lain memang sentiasa tidak henti berzikir dan melakukan solat hajat sepanjang pencarian.

“Gerak hati adik saya juga kuat mengatakan tidak berlaku apa-apa pada suaminya dan kami mengharapkan sesuatu yang positif kelak,” katanya yang juga ahli perniagaan.

Abdul Halim berkata, d4kwaan mengatakan Acap pernah beberapa kali hilang sebelum ini juga tidak benar dan berharap orang ramai menghentikan berita tidak benar hingga boleh mengganggu emosi keluarga.

Abang Ipar Buka Mulut, Dedah Hubungan Sebenar Acap Dan Isteri.. Bukan Seperti Yang Disangka.

“Ahli keluarga bersetuju dengan pesanan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri yang sangat tepat dengan apa yang terbuku dalam hati kami.

“Mufti ada berpesan suruh mencari mengikut kaedah Syariah (usaha mencari) kerana memang itu yang sebenarnya terbuku di hati kami, sebab kita tidak mahu bercampur-campur (sy1rik).

“Antara sebab kami tak tinggal lama di lokasi kerana pada hari keempat ada pelbagai d4kwaan, bomoh punya firasatlah..kadang-kadang ia mengarut, itupun salah satu sebab saya tidak mahu bersubahat benda itu,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan dan rakyat Malaysia yang terbabit dalam usaha pencarian Acap.

“Kami berharap masyarakat terus mendoakan adik ipar saya ditemui selamat,” katanya.

 

Sumber : Metro via Theklasik

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

 

 

Be the first to comment on "Abang Ipar Buka Mulut, Dedah Hubungan Sebenar Acap Dan Isteri.. Bukan Seperti Yang Disangka."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*