Hidup dalam berumah tangga bukanlah setiap masa indah.
Oleh itu, susah senang bersama adalah perkara biasa yang berlaku antara pasangan suami isteri.
Pada 24 Februari 2021, doktor perubatan dan pakar motivasi iaitu Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Hantaran itu menunjukkan sebahagian daripada sesi perkongsian bersama pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.
Dengan topik Susah Senang Bersama, pasangan selebriti tersebut berkongsi perjalanan rumah tangga mereka yang ada suka duk4nya.
Mengakui pernah menerima dugaan besar, umum mengetahui pasangan ini menggemparkan dunia hiburan dengan berita perkahwinan mereka suatu masa dahulu.
Kontroversi itu ternyata menjejaskan kehidupan mereka termasuk dari segi sumber pendapatan.
Antara yang menarik tumpuan, Wawa memberitahu bahawa usia mudanya ketika berkahwin telah membuatkan beliau pernah meminta cer4i daripada Aeril.
Namun kesabaran Aeril mempertahankan rumah tangga mereka sangatlah hebat.
Wawa sendiri tidak menyangka rumah tangga mereka dapat bertahan sehingga kini.
Beliau juga mengakui banyak belajar daripada sikap Aeril yang penyabar.
Sementara itu, perkongsian penuh topik ini boleh ditonton melalui YouTube channel PROMIS.
Rupa-rupanya ada rahsia yang menyebabkan keluarga mereka terus utuh sehingga kini.
Kesabaran dan toleransi yang tinggi antara mereka wajar dicontohi.
Semoga keluarga Wawa dan Aeril ini berbahagia selamanya.
Sumber: Instagram Prof Muhaya dan Wawa Zainal, YouTube PROMIS
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-pernah-minta-cerai-daripada-aeril-zafrel-wawa-zainal-hargai-kesabaran-suami/