Bunyi ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah, mencetuskan tanda tanya dan menjadi misteri dalam kalangan penduduk beberapa kampung sekitar daerah ini sejak kelmarin.
Ketukan itu menimbulkan persoalan dengan pelbagai ulasan daripada netizen, antaranya mend4kwa ada individu tidak bertanggungjawab sengaja melakukan perbuatan itu hingga tul4r menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.
Difahamkan, g4ngguan ketukan itu berlaku pada waktu malam hingga awal pagi itu dan membabitkan beberapa kampung lain, antaranya Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.
Penduduk Kampung Batu 37, Mhd Khairol Anuar Mhd Zaini, 38, mend4kwa ketika berada di dapur rumahnya kira-kira 10.45 malam, dia terdengar bunyi ketukan yang datang dari pintu dapurnya.
“Bunyi ketukan itu kuat seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.
“Apabila saya intai menerusi tingkap, tidak nampak siapa yang ketuk. Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan itu kembali dan ia datang dari bilik air di dalam rumah.
“Kebetulan bilik air itu sudah lama tidak digunakan, jadi seluruh tubuh saya menggigil
VIDEO TUL4R BUNYI KETUKAN TAPI BETUL KE?
Satu rakaman video tul4r di media sosial yang jelas menunjukkan bunyi ketukan yang kuat di salah sebuah rumah di Sabak Bernam.
Seorang pengguna media sosial men1ngg4lkan satu komen mengatakan video tersebut tidak sahih.
“Dy ketuk dari dlm sendiri bergegar camera .dome tengok pkul 3pgi sorng2”
Jika anda perhatikan betul betul video tersebut memang jelas apabila ketukan berlaku gegaran pada kamera juga berlaku. Jadi adakah video ini palsu?
Anda nilaikan sendiri ye .. Admin tidak kata kejadian misteri di Sabak Bernam ini tipu sebab mana munkin ramai penduduk yang kena dan tempat mereka berbeza.
LAGI KETERANGAN MANGSA KETUKAN MISTERI
Penduduk Kampung Tengah, Nor Zaihana Yaakob, 38, mendakwa turut mengalami pengalaman sama ketika berada dua anak dan ibunya ketika berada di rumah.
“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja. Namun, sangkaan itu meleset apabila tiada siapa di luar rumah sewaktu saya menjenguk menerusi tingkap.
“Seram jugalah dengan peristiwa ini. Tambahan pula, suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman, memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu.
Muhammad Nazri berkata, gangguan itu turut berlaku kepada dirinya ketika berada di rumah kira-kira 11 malam kelmarin.
“Difahamkan, hampir separuh penduduk kampung ini mengadu berkenaan kejadian (ketukan pintu) itu.
“Saya menasihatkan mereka agar berhati-hati dan tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi mencurigakan,” katanya.
Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi p0lis atau pihaknya, selain jiran terdekat sekiranya ternampak individu mencurigakan.
“Kami kini mengambil tindakan dengan melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : AwattSyeikhNetwork