Ummi Nazeera Upload Video Penghantar Makanan Acc1dent, Abang Rider Tampil Ucap Terima Kasih

Pelakon Ummi Nazeera terkejut apabila menyaksikan kem4lang4n antara penghantar makanan (rider) bertembung dengan sebuah kereta.

Video terbabit dimuat naik oleh Ummi dan ia diambil menerusi rakaman kamera hadapan yang dipasang di dalam kereta miliknya.

Meskipun tak dapat menolong, Ummi berharap video yang dimuat naik itu dapat sedikit sebanyak membantu.

“Jom semua doakan semoga abang- abang dan akak-akak rider di luar sana sentiasa selamat dalam menjalankan pekerjaan.

“Ummi memang rajin juga tempah makanan online bila dekat rumah abang Ummi.

“Tadi pertama kali nampak (kem4lang4n) depan mata. Ummi pun tak pasti nak tolong macam mana. Harap semuanya selamat dan video ni dapat membantu abang rider..” katanya.

Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri terbabit mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak berpuas hati dengan sikap pemandu kereta yang menyebabkan kem4lang4n itu dan terus berlalu tanpa bertanggungjawab.

Malah ramai yang mendoakan agar rider tersebut selamat dan dipermudahkan urusan

Bagaimanapun, kemas kini tersebut disedari oleh penghantar makanan yang terlibat dalam kem4lang4n itu.

Lelaki itu menurunkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakannya serta memberitahu urusan lap0ran p0lis telah diselesaikan.

“Alhamdulilah terima kasih semua mendoakan kesejahteraaan saya. Untuk pengetahun semua rider yang dirakam dalam kem4lang4n itu adalah saya.

“Alhamdulilah saya okay dia tiada apa-apa. Baru selesai buat lap0ran p0lis sebentar tadi dan menghantar surat laporannya. Insya-Allah semua selamat dan tiada apa-apa,” katanya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jom semua doakan semoga abang abang & akak akak rider di luar sana sentiasa selamat dalam menjalankan pekerjaan. Ummi memang rajin jugak order makanan online bila dekat rumah abang Ummi … Tadi first time nampak depan mata .. Ummi pun tak pasti nak tolong macam mana … Harap semuanya selamat & video ni dapat membantu Abang rider.. ❤️

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

 

Dah Baca Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak