Insan terpilih! Rakyat Malaysia tak sangka dapat tunai haji masa Cov1d-19

Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penul4ran w4b4k c0v1d-19.

Menurut laporan Alhijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu sukar mempercayai rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya menerusi laporan Hajj Media.

Selain itu, beliau menganggap peluang tersebut merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 28 Julai ini.

Memetik laporan The Malaysian Insight pula, Fawziya sekurang-kurangnya menjadi antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih terdiri daripada pelajar serta pekerja di negara berkenaan.

Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Julai ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita