Kenali ‘Warden Kamal’ Dalam Nur 2 Yang Buat Penonton Tak Berganjak Dari Depan TV

Ditayangkan sejak 2 April yang lalu, Nur 2 kini telah mendapat sambutan luar biasa dari peminat drama tanah air yang telah mencetuskan emosi untuk sesiapa sahaja yang melihatnya. 

Drama yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani dan ramai lagi telah membuatkan drama tersebut begitu hidup tambahan lagi dengan jalan ceritanya yang lebih sinonim dengan masalah yang ada dalam masyarakat sekarang. 

Berlainan dengan Nur 1, Nur 2 kali ini turut menampilkan watak baru iaitu Juita yang dilakonkan oleh Azar Azmi iaitu kawan lama kepada Nur sendiri. Namun begitu, terdapat juga seorang lagi watak baru yang telah menarik minat penonton iaitu ‘Warden Kamal’  yang dibawa oleh Sefik Khair, seorang bakat baru dalam industri. 

Sering muncul bersama watak Aisyah yang dibawa oleh Nurkhiriah, dia membuat peminat tertanya apakah kesudahan antara mereka berdua. 

Selain membawa watak warden kamal dalam Nur 2, Sefik juga pernah menjadi artis tambahan dalam beberapa drama tempatan. Selain itu, dia juga aktif dalam bidang peragaan. 

Komen netizen;

Kamal warden is back…

Yass ecahh warden kamal is waiting…

Jojo dan warden kamal wakil netizen…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

sumber: IG Sefik Khair/twitter