Bijak & Berd4rah Kacukan, Ini Fakta Menarik Tentang Pelakon Jelita SOPHIA ALBARAKBAH

Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki paras rupa jelita dan sekali pandang macam anak patung, mungkin ramai tertanya-tanya siapakah figura pemilik nama yang semakin meningkat naik ini.

Enggan menyentvh kisah peribadi yang dikaitkan dengannya kini, tetapi siapakan pemilik nama Sophia Albarakbah ini? Jadi ini dia beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.

Beliau merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula menceburi dunia seni tanah air sejak tahun 2019.

Beliau kini dikenali menerusi drama rantaian Hadiah Dari Tuhan yang sedang bersiaran di saluran TV3, serta Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria.

Sophia Albarakbah adalah seorang pelakon dan juga model. Untuk ketahui lebih lanjut, kami sediakan biodata Sophia AlBarakbah seperti berikut.

Latarbelakang Peribadi

1. Sophia AlBarakbah memiliki dar4h kacukan Melayu, Cina dan Arab.

Memiliki paras rupa jelita, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki dar4h k4cukan Melayu, Cina dan Arab. Manalah tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu Sophia pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.

2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur,

Menggunakan nama komersial, Sophia Albarakbah. Berumur 28 tahun (2021). Kelahiran Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.

3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. 

Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian.Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.

Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18. Akaun Instagramnya atas nama @sophiekoshka sehingga ini mencatatkan lebih 129,000 pengikut.

Kerjaya

Pakej lengkap dimiliki gadis ini membuatkan dia berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Pada awalnya Sophia menjadi model pelbagai iklan komersial. Kemudian Sophia mula berlakon selepas berjaya terpilih dalam uijbakat dan sejak dari itu gadis ini terus aktif dalam dunia seni.

4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland.

Filem pertama Sophia adalah Miimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.

Kemudian Hadiah Dari Tuhan dan Suamiku Lelaki Pend0sa bergandingan dengan Aaron Aziz serta Air Mata Allisya lakonan bersama Keith Foo. Terbaharu drama bakal ditayangkan tidak lama lagi berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang mana heronya adalah Aliff Aziz.

5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).

6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.

7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.

8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti  watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.

Koleksi Foto Sophia Albarakbah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona, Illuminasi/syor