DSV Pujuk, Tawar Kereta RM3 Juta? Iqbal Enggan Terima, Ded4h Diri Sudah ‘Dikhi4nati’

Umum mengetahui bahawa percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli mendapat tentangan daripada anak perempuan DSV iaitu Cik B disebabkan faktor perbezaan umur yang terlalu jauh.

Akui Diri Bukan Seorang Yang Lurus Bendul

Terkini, melalui Insta Stories, beliau yang dilihat repost video DSV menyatakan bahawa rintihan palsu yang diberikan tidak sedikitpun memukau kewarasan dirinya untuk menilai kejujuran.

“Rintihan palsu ini tidak sedikit pun memukau kewarasan saya menilai kejujuran.

Selama ini Saya bukan lurus bendul, cuma mengalah.”-tulis Iqbal

Ditawar Kereta Bernilai RM3 Juta 

Beliau turut menyatakan bahawa pihak DSV telah menawarkan kereta idamannya berjenama Bentley yang bernilai RM3 juta setelah beliau menarik diri.

“Setelah saya tarik diri, semalam pihak Dato Seri Vida tawarkan saya kereta idaman saya, Bentley yang bernilai RM3 juta.

Nilai ini tidak boleh dibeli hati dan kejujuran saya yang telah dikhianati. Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.”-Jelas Iqbal

“Tetapi Jangan Kurang Satu Perkara, Iaitu Ketelusan”-Iqbal

Menurut Iqbal lagi, dia sanggup menerima jika kekasihnya seorang pelacur atau seorang yang m1sk1n asalkan memiliki sifat ketelusan.

“Bagi saya, anda kekasih saya seorang pelacur, atau seorang yang m1sk1n sekalipun, tidak terlalu rupawan, saya boleh terima.

Tetapi jangan kurang satu perkara, iaitu KETELUSAN. Saya tidak terlalu baik namun saya tidak pernah mempergunakan wanita.”-katanya lagi

Terdahulu, Murai.my pernah melaporkan bahawa anak perempuan kepada DSV iaitu Cik B meluahkan rasa “kurang setuju” terhadap perkahwinan DSV dan Iqbal disebabkan hubungan beliau dan Iqbal tidak sehaluan dan sering berg4duh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy