“Mengh1na Profesion Kewartawanan” – GKMM Gesa Hattan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa penyanyi legend, Datuk Hattan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut laporan Mstar, perkara itu berhubung sikap tidak profesional penyanyi berusia 58 tahun itu terhadap penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham.

Bukan itu sahaja, President GKMM iaitu Fauzi Ishak berkata dia kes4l terhadap respon Hattan ketika ditemu bual oleh Nur Syazwani secara siaran langsung (Live) di Astro Awani pada Jumaat lalu.

@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral ♬ original sound – Salimey Abu Bakar

Respon balas itu menunjukkan sikap tidak profesional beliau ketika memberi kenyataan kepada media.

Selain itu, Fauzi berkata Hattan turut mengh1na profesion kewartawanan serta stesen media arus perdana negara.

Tambahnya lagi, sikap tidak hormat itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal media terutama kumpulan wartawan.

Beliau wajar mengambil tanggungjawab terhadap reaksi balas dari kalangan wartawan dan orang ramai di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nursyazwani Saiful Sham (@nsyzwani)

Terdahulu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin telah diminta untuk mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael yang men1ngg4l dunia pada Khamis lalu.

Namun, apa yang mengundang rasa kurang senang orang ramai adalah respon penyanyi berusia 58 tahun itu yang tiba-tiba menemp3lak penyampai berita ketika temu bual disiarkan secara siaran langsung di Astro Awani.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar