Tak sempat OOTD foto raya bertiga, anak ‘habis nyawa’ dalam pelukan ibu 2 hari sebelum Aidilfitri… Tangisan pelik petanda hujung usia

HATI ibu dan ayah mana yang tidak luluh apabila anak yang dikasihi pergi buat selamanya beberapa hari sebelum sambutan 1 Syawal pada Sabtu lalu.

Suasana lebih pilu selepas segala persiapan dan pakaian baharu bagi meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang itu sudahpun disediakan.

Demikian situasi yang perlu dilalui Shahrul Amri Ibrahim dan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid meskipun pemergian anak mereka iaitu allahy4rh4m Muhammad Tariq sudah dijangka sejak dia dilahirkan.

arw4h Tariq disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir.

“Kami memang memang sudah mengetahui keadaan Tariq (umur tak panjang) sejak dia dilahirkan kerana arw4h disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. Malah sepanjang empat bulan usianya selepas dilahirkan dia berada di dalam wad dan menerima rawatan.

“Doktor pun sudah sedia maklum yang jangka hayat anak saya tidak panjang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu kisah tentang pemergian Tariq mendapat perhatian netizen selepas Shahrul berkongsi berita sed1h itu di TikTok hingga meraih lebih 455,000 jumlah tontonan.

“Salam Lebaran daripada kami berdua. Tahun lepas raya bertiga, tahun ni berdua sebab Tariq dah beraya awal dekat syurga,” tulisnya ringkas.

Keadaan kesihatan Tariq bukanlah asing dalam kalangan pengguna TikTok kerana bapanya itu sering berkongsi gelagat si kecil berkenaan menerusi platform tersebut.

Bercerita lanjut tentang berita duk4 itu, Shahrul berkata dia dan isteri bagaimanapun tidak menyangka anaknya akan menghembuskan nafas terakhir pada 20 April lalu iaitu pada usianya setahun 6 bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

arw4h Tariq disahkan menghidap jantung berlvbang sejak lahir.

“Tariq berada dalam keadaan baik sehingga Rabu (19 April). Sebab tu kami tak sangka keesokan harinya dia akan pergi selamanya,” luahnya hiba.

Menurut bapa berusia 27 tahun itu, anaknya men1ngg4l dunia semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman isterinya di Benut, Johor.

“Kami keluar rumah kira-kira pukul 7.05 pagi… pada masa ni dia tidak berhenti merengek (menangis).

“Setibanya di salah sebuah stesen minyak di Kajang, Selangor… isteri saya dapati Tariq sudah tidak bernafas,” ujarnya sambil mengakui tangisan anaknya pada pagi itu berbeza daripada kebiasaan.

Tambahnya, sejurus tiba di h0sp1tal Kajang, doktor mengesahkan bahawa anaknya sudah men1ngg4l dunia pada pukul 7.39 pagi.

Katanya lagi, jen4zah Tariq dikebumikan di Rompin, Pahang iaitu kampung halamannya.

Amri dan isterinya redha dengan ketentuan Allah.

Amri dan isterinya reda dengan ketentuan Allah.

Tambah Shahrul, kehilangan anak tercinta turut memberi tamparan hebat buat isterinya.

“Tahun lepas kami dapat beraya bertiga tapi tahun ni hanya baju sahaja yang tinggal. Memang terasa kehilangan lebih-lebih lagi pada isteri yang sepenuh masa bersama Tariq.

“Pun begitu, dia terima dan reda dengan ketentuan Allah. Cuma saya bimbang keadaan dia yang kini sedang h4mil anak kedua.

“Oleh itu, saya limitkan kerja dan memperlahankan sedikit perjalanan bisnes demi meluangkan masa bersama isteri,” katanya yang pernah tular melakukan tiga kerja sekali gus sejak bujang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.mstar.com.my/