Adab No 1! Warganet Puji Sikap Kacak Hadiahkan Baju, Siap Pelvk & C1um Tangan Pekerja Bangladesh

‘Anak mama yang hebat’

Perasan tak, setiap kali buat video bersama anak-anak, usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida atau singkatannya DSV mesti akan mengucapkan ayat keramat ini pada anak-anaknya. Bak kata netizen, siapa sangka daripada kata-kata itu menjadi doa untuk anak menjadi seorang yang baik pekerti.

Baru-baru ini, anak lelaki DSV, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin ada memuat naik satu video di laman Tiktoknya yang telah mendapat pujian ramai dek kerana sikapnya yang baik dan menghorm4ti orang lain.

Mengikut jejak ibunya, Kacak dipercayai bakal melancarkan baju melayu jenamanya sendiri. Dalam video yang dikongsikan, Kacak yang memakai baju jenamanya itu telah mendapat pujian oleh seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak.

Disebabkan itu, Kacak berhasrat untuk menghadiahkan koleksi bajunya memandangkan pekerja itu belum mempunyai baju raya meskipun baju tersebut masih belum terjual.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah kesopanan Kacak dalam menyantuni pekerja tersebut dengan begitu baik. Ramai yang memberikan pujian kepada remaja berkenaan kerana turut memeluk dan mencivm tangan pekerja itu ketika bersalaman sebagai tanda hormat.

Video:

@kacak.officialmy Abang petronas belum ada baju raya 🥹 #bajuraya2023 #bajumelayuslimfit #bajumelayukacak #fyp #foryou #masukberandafyp #raya2023 @إيريك زاكوان😺 ♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa seb4k melihat reaksi kacak yang memeluk lelaki tersebut ketika dia menghulurkan tangan untuk salam. Malah, mereka juga turut mendoakan supaya kacak dimurahkan rezeki.

Kacak merupakan anak kedua DSV dan mempunyai seorang kakak yang juga menceburi bidang seni iaitu CikB atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 17.

Komen netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : keluarga.my