Akhirnya dapat lepas rindu! Leona seronok naik motor pergi bazar Ramadan

Anak kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona akhirnya dapat pergi ke bazar Ramadan seperti yang diinginkannya tempoh hari.

Akhirnya dapat pergi bazar

Menerusi perkongsian influencer cantik itu di TikTok, dia telah bergerak ke bazar bersama bapanya dengan memb0nceng motosikal mengikut permintaannya.

Dapat dilihat yang Leona begitu gembira dan sempat merakam video ketika diatas motosikal menuju ke bazar berhampiran kediaman mereka.

@leonsmeonss

 

♬ TORANG PASUKAN DAMAI – ig : radiacnm26_

Pergi bazar naik motor elak kesesakan lalu lintas

Menurutnya, dia suka memb0nceng motosikal kerana dapat sampai dengan lebih cepat serta mengelakkan daripada ters3kat dalam kesesakan jalan raya.

Difahamkan, Leona dan Azhar Sulaiman telah pergi ke Bazar Ramadan Sungai Penchala yang berhampiran dengan kediaman mereka.

@leonsmeonss

Yay

♬ original sound – Leona 🦋

Seronok beratur beli makanan

Menjengah ke ruangan TikTok pelakon drama bersiri Project High School itu pula, dia telah merakam momen anak gadisnya beratur untuk membeli juadah yang diinginkan.

Dia turut sempat mengusik Leona dengan mengatakan influencer tersebut semakin berisi sejak berada di luar negara.

@theazharsulaiman

Leona yang Bobot…..

♬ Happy Ajalah (Santai) (feat. Gafar) – DJ Qhelfin

Terdahulu, anak bongsu kepada Azhar Sulaiman itu telah pulang ke Malaysia sedangkan beberapa hari lepas memuat naik momen sedang bercuti di Iceland.

Dia yang kini melanjutkan pelajaran di Kota London memaklumkan pulang ke Malaysia kerana ingin berpuasa bersama keluarga serta merindui suasana berkunjung ke bazar Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sumber: TikTok theazharsulaiman, leonsmeonss

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OMM