Akak Trivago Jumpa ‘Kembar’ Di Syria, “Ingatkan Anak D4ra Dia..”

Ada pendapat mengatakan di dunia memang wujudnya tujuh individu miliki wajah seiras dengan seseorang itu. Malah sejak akhir-akhir ini ramai pula mengikut trend menunjukkan rakan mereka yang memiliki wajah seiras selebriti.

Namun begitu, seorang personaliti TV dan selebriti media sosial, Dahlia Shazwan atau lebih dikenali sebagai Akak Trivago berkongsikan satu muat naik yang menemui seorang kanak-kanak memiliki wajah seiras dengannya.

Akak Trivago jumpa ‘kembar’

Tindakan Akak Trivago jumpa kembar di Syria di muat naik Instagram miliknya ini telah mencvri perhatian ramai. Difahamkan pertemuan itu berlaku ketika Dahlia sedang melakukan misi kemanusiaan di Syria.

Berikut adalah muat naik dengan foto Akak Trivago jumpa kembar di Syria tersebut yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dahlia Shazwan (@dahliashazwan)

Perkenalkan kanak-kanak seiras wajahnya di Syria

Di ruangan kapsyen, Dahlia memperkenalkan kanak-kanak tersebut sebagai kembarnya. Malah sempat juga Dahlia memohon orang ramai untuk mendoakan kanak-kanak Syria itu.

“Perkenalkan kembar Syria saya. Tolong doakan semoga bila dia besar dapat sambung belajar dan berbakti pada masyarakatnya. Berharap semoga saya dapat berjumpa dengannya di misi akan datang”

Ramai ingatkan anak dara Akak Trivago dah besar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata kenalan dan netizen turut akui anak kecil ini memiliki iras wajah Dahlia. Malah ada yang sangkakan kanak-kanak itu anak kepada Dahlia. Berikut antara reaksi ramai tersebut:

“Sejibuk! Sebelum tengok kapsyen aku macam eh sejak bila anak dia besar n muka macam dia ni”

“Hidung sama mata sama bentuk muka sama senyum sama Ya Allah! Amazed”

“Kalau tak baca kapsyen ingatkan anak dara dia. Memang seiras”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : syor.com