“Mesti Hidung Mat Salleh Ni..” Tahniah! Mat Dan Selamat Timang Baby Girl

Selebriti yang kini penyiar radio di Molek FM, Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila isteri tersayang, Nadifa Adnan selamat bersalin anak ketiga mereka.

Timang anak ketiga

lebih menggembirakan, kelahiran ketiga ini adalah anak perempuan sulung selepas dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki sebelum ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Menerusi hantarannya di Instagram, Mat Dan menyatakan yang isterinya yang hebat dan cantik telah melahirkan seorang anak perempuan yang begitu indah. Mereka berdua juga berada dalam keadaan sihat serta sedang memulakan proses berpantang.

Dia yang berkongsi gambar memegang puteri tersayang telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menzahirkan ucapan tahniah kepada keluarganya.

Untuk rekod, Mat dan Nadifa Adnan telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Terengganu.

Mat Dan merupakan warganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Dia tertarik untuk tinggal di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas, Terengganu.

Selepas kisahnya tul4r, dia telah menceburkan diri dalam bidang seni apabila muncul sebagai seorang pengacara, pelakon dan kini merupakan penyampai radio di Molek FM

Komen Netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram mat_dan1, omm