Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak? Bawa Pergi Masjid, Puji Muhammad Berpuasa –“Jangan Kita Biarkan Kez4liman…

Selepas hampir sebulan mendakwa tidak dapat berjumpa anak-anak, pelakon dan pengarah Farid Kamil kelmarin memuat naik video bersama anak sulungnya, Muhammad.

Farid berkongsi klip video seminit yang dimuat naik ke Instagram Story ketika berjumpa Muhammad. Farid dilihat meluangkan masa bersama Muhammad di sekitar Masjid Negara.

Dalam video berkenaan dia memuji Muhammad berpuasa dan merkamkan detik saat anaknya sedang menunaikan solat di masjid berkenaan.

Selain itu, Muhammad dilihat seolah-olah melakonkan babak dalam filem yang dibintangi bapanya, Anwar: The Untold Story yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Malah Farid sendiri turut melafazkan dialog yang cukup sinonim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, watak yang dimainkannya dalam filem berkenaan.

“Jangan kita biarkan kez4liman dalam bentuk apa sekali pun, jangan biarkan kita biarkan yang kaya bertambah kaya, yang m1sk1n bertambah m1sk1n.

“Muhammad, reformasi!” kata Farid.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jika ia video lama atau yang baru dirakam hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Farid mendakwa sudah 23 hari tidak dapat bertemu dan berhubung dengan anak-anaknya, Muhammad, 10 dan Aurora, 8.

Ia susulan k0nflik rumah tangganya dengan Diana Danielle, yang memfailkan permohonan cer4i terhadap Farid pada awal bulan lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : gempak.com