Enam Bulan Tahan Rindu, Akhirnya Adam Shahz Dapat Jumpa Anak Dengan Bantuan Peguam

Selepas enam bulan tidak bertemu, akhirnya pelakon Adam Shahz dapat berjumpa anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia pada hujung minggu lalu. Kata Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, dia berpeluang bertemu Ivy selepas mengadakan perbincangan antara pihak peguamnya dan bekas isteri Fatin Afeefa.

“Siapa yang tak gembira dapat jumpa kekasih syurga. Dah lama tak jumpa, jadi memang sangat bermakna. Kami banyak luangkan masa di rumah bersama anak-anak saudara lain.

279913379_3178260692421814_4938538000362210119_n

Adam Shahz syukur dapat jumpa Ivy

“Peguam saya dan peguam bekas isteri berbincang untuk saya berjumpa anak. Jadi dapatlah jumpa selama empat hari.

“Selepas ini tak tahu lagi bagaimana. Saya pun tidak boleh bercakap banyak kerana perbicaraan tentang hak penjagaan anak masih berjalan di m4hk4mah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sebelum itu, Adam memuat naik beberapa video memperlihatkan dia meluangkan masa bersiar-siar bersama Ivy di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Adam turut berharap prosiding kes tuntutan penjagaan anak pada 17 April depan akan menemui jalan penyelesaian terbaik.

“Dalam hal ini bukan nak menuntut menang tapi hanya mahukan keadilan buat kedua-dua pihak.

“Saya pun tak boleh ambil terus anak sebab Fatin adalah ibunya. Begitu juga sebaliknya. Semoga perbicaraan akan datang dapat menemui jalan penyelesaian terbaik,” jelasnya.

Ditanya adakah Ivy mengetahui mengenai kemelvt berlaku antara kedua ibu bapanya, Adam berkata dia tidak bercerita mengenai perkara kerana enggan mengg4nggu em0si kanak-kanak itu.

“Ivy tidak bertanya dan saya pun tidak beritahu apa-apa kepadanya. Kalau boleh tak nak g4nggu em0si dia,” ujarnya.

Pada 28 Januari lalu, Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat dalam proses sulh di m4hk4mah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

335766444_504001638592725_3733548460338959649_n

Adam Shahz tuntut hak penjagaan anak

Kes itu dibicarakan semula pada 28 Februari lalu namun masih lagi menemui jalan buntu dan m4hk4mah menetapkan 17 April depan sebagai sebutan semula kes.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercer4i empat tahun kemudian. Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar