Kasih Seorang Ayah! Ramai Sebak Tengok Ayah Pengantin Sanggup Dukung Anak Redah Banjir Untuk Bernikah

Musim cuti sekolah sememangnya ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, di sesetengah negeri di Malaysia, cuaca dilihat kurang baik dan ada beberapa tempat mengalami banjir.

Sudah tentu hujan lebat dan halaman rumah yang sudah dinaiki air menyukarkan sedikit pengantin untuk bergerak lebih-lebih lagi apabila sudah bersiap untuk majlis.

Menerusi perkongsian TikTok milik @oohlysa, dia telah berkongsi momen seb4k apabila seorang bapa mengangkat anak perempuannya yang bakal bernikah mengharungi air bertakung di hadapan rumah.

Bapa pengantin juga sempat berpaling semula dan meminta bunga tangan anaknya yang tertinggal sewaktu dia mengangkat gadis tersebut.

Pengantin perempuan yang sudah berada di khemah berhampiran pelamin dilihat seb4k apabila menahan tangis sebelum kepalanya disentuh oleh bapa tersayang.

Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ditonton lebih dari sejuta dalam masa 7 jam selepas dimuat naik.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan mengakui seb4k apabila melihat lelaki pertama yang dicintai anak perempuan sanggup mengangkat dan meredah hujan serta banjir demi menghantarnya untuk mendirikan rumah tangga.

Video:

@oohlysa this video that i recorded before the akad nikah really makes me wanna cry 😭😭😭 @• Awin • #banjir ♬ Sempurna – DENII

Semoga pengantin dan pasangan terus berbahagia hingga ke Jannah serta terus menyayangi keluarga terutamanya orang tua hingga akhir hayat mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : TikTok @oohlysa