“Sedang Sarat Mengandung..” Isteri Harry Khalifah Terkilan Ada Individu “Buat Pengakuan Sebagai Madu”

Umum mengetahui, komposer dan penyanyi Harry Khalifah, 43, sedang bahagia melayari rumah tangga bersama isteri tercinta. Harry atau mesra dikenali sebagai Apak, pernah mengakui berasa bangga mempunyai lapan anak dan sedikit pun tidak berasa malu memiliki zuriat ramai kerana percaya ia rezeki yang ditetapkan Allah buatnya.

Terbaharu,tiada angin tiada r1but, tiba-tiba muncul seorang wanita tidak dikenali mend4kwa dia merupakan isteri kedua kepada Apak. Menurutnya, wanita berkenaan membuat pengakuan itu pada isterinya iaitu Noormala.

“Wanita berkenaan tinggalkan komen di Facebook isteri saya. Wanita itu kata saya ada hubungan dengannya. Dia juga mengaku sebagai madu isteri saya. Siap cakap dah dua tahun bermadu dan minta isteri jangan $erang dia.

“Dia kongsi perbualan saya dengan wanita itu menggunakan gambar saya siap ada bahasa l*cah lagi. Saya pelik macam mana dia tahu gambar WhatsApp saya sedangkan hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Tapi saya menang apabila anak-anak kata itu bukan penulisan saya.

“Gaya penulisan dia lain, bahasa yang digunakan pun lain sangat. Tapi saya percaya ini kerja orang dekat,” katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Apak memberitahu isteri yang kini sedang h4mil sembilan bulan diganggv sejak Jumaat lalu dengan menerima panggilan serta mesej dari wanita tersebut.

“Dia juga hanya cari isteri saya sahaja, saya tak tahu apa dia nak. Mungkin nak duit. Tapi kalau orang rumah saya tak berbincang dengan saya dulu memang habis saya,” luahnya.

“Isteri saya sekarang sedang mengandung, sed1h dia bila terima mesej macam ini. Tapi sekarang isteri saya pun dah kembali bertenang macam biasa selepas dengar penjelasan saya. Cuma dia terkilan apabila lihat mesej tersebut ada gambar saya.

Tambah Apak, isterinya kini sudah kembali bertenang selepas mendapat penjelasan daripada dirinya sekali gus menganggap perkara yang terjadi ini sebagai satu ujian.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar