Wanita Yang Did4kwa Mengganggu Rumahtangga Hafidz Roshid Akhirnya Buka Mulut?

SELEPAS beberapa hari pemilik nama Athira Yuhada didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz Roshdi, wanita berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri pelakon berkenaan iaitu Nurul Shuhada Shukri di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Selain kepada Nurul Shuhada, Athira turut memohon maaf kepada dua anak pasangan berkenaan iaitu Humairah dan Umar.

Ded4h Athira, Hafidz cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu dan sepanjang tempoh itu juga dia sudah berkali-kali cuba menjauhkan diri daripada pelakon tersebut.

Bagaimanapun kata Athira, kekec0han ini berlaku disebabkan dia bersimpati dengan keadaan Hafidz yang didakwa mengalami masalah kesihatan ment4l dan ingin memberi sokongan terhadapnya.

Athira memuat naik kenyataan di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

“Saya Athira Yuhada, saya berhut4ng Shuhada, Humairah dan Umar kata maaf yang paling ikhlas. Apa yang saya lakukan adalah sangat mementingkan diri sendiri.

“Sepanjang tempoh sembilan tahun Hafidz cuba menghubungi, saya berkali-kali cuba yang terbaik untuk mengelak.

“Akhirnya ini berlaku setelah mengetahui keadaan kesihatan ment4lnya yang membuatkan saya bersimpati dan ingin menyokongnya,” jelasnya.

Menerusi hantaran sama, Athira bagaimanapun mengakui kesilapan yang dilakukan namun menegaskan hubungan mereka sudah lama berakhir.

Katanya lagi, dia tidak lagi sesekali akan berhubvngan dengan Hafidz pada masa hadapan.

“Saya akui saya lem4h dan bod0h kerana terjerumus dalam situasi ini. Namun pada masa yang sama saya ingin menegaskan perkara ini sudah lama berakhir dan saya tidak akan lagi berhubung dengannya.

Athira tidak akan sesekali menghubungi Hafidz.

“Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” katanya.

Pada Khamis lalu, tangkap layar skrin Instastory dipercayai milik Nurul Shuhada ters3bar yang memberi bayangan aktor itu berlaku cur4ng menjadi perbualan h4ngat dalam kalangan netizen.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi menerusi Instagram menggunakan nama @shushukriii itu dia meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi peny0ndol dalam rumah tangga mereka.

Sehingga kini Hafidz masih mendiamkan diri berhubung dakwaan berlaku cur4ng.

Bukan itu sahaja, menerusi status berlainan turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu m4lu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya mend3rita.

Sebelum ini Hafidz pernah dikaitkan dengan tudvhan cur4ng iaitu menghantar mesej luc4h dengan wanita lain sehingga kelakuan itu dih1du oleh isterinya.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber / Kredit : mStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook