Zamarul Hisham Dapat Menantu Sulung, Anak Teruna Selamat Bernikah

Menerusi posting yang dibuat Zamarul, 52 di Instagramnya baru-baru ini, dia telah berkongsi gambar bersama pengantin dengan menitipkan pesanan kepada mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.

“Congratulation Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhi la dengan sifat bertolak ansur, saling faham memahami untuk sama2 pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharmonian dan kekal till Jannah.

“Papa and mama love both of you!” tulisnya.

Dalam pada itu, dia juga dilihat sudah tidak sabar menimang cucu apabila membalas komen yang menyatakan pelakon itu tidak lama lagi menjadi atuk.

Zamarul turut sempat berselor0h mengatakan yang umur hanyalah angka dan ‘tittle’ sebagai atuk tidak menghalangnya untuk terus bermain TikTok.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zamarulhisham Mohamed (@zamarulhisham93)

Untuk rekod, Hat Haiqal merupakan anak dari perkahwinan pertama Zamarul sebelum dia berpisah dan menikahi pelakon Diana Rafar pada tahun 2009.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram Zamarul Hisyam