Kahwini Wanita Cantik Korea, Kecomelan Anak TAN SRI TONY FERNANDES Pula Tarik Perhatian Netizen

Sejak Tan Sri Tony Fernandes kembali menjadi bapa hampir dua tahun lalu, kehidupannya di samping isteri cantiknya iaitu Puan Sri Chloe Kim kian diulit bahagia. Meskipun sibuk mengurus empayar penerbangan, namun pengasas AirAsia ini seronok menjalankan tugas sebagai bapa kepada anak kecil kesayangan.

Ini terbukti apabila Tan Sri Tony sering berkongsi momen indah di samping anak ketiganya, Aliyah Ena Fernandes di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Menerusi perkongsian itu, Aliyah yang lahir hasil perkahwinan campur Korea Selatan daripada ibunda dan Malaysia daripada bapa menjadi perhatian kerana mewarisi sepasang mata cantik persis Puan Sri Chloe.

Bahkan, anak kecil ini juga cukup manja di samping bapanya tidak kira ketika usahawan ternama tersebut sedang bekerja mahupun beriadah.

Malah, Tan Sri Tony dan isteri sudah mula mended4hkan Aliyah kepada pembelajaran awal kanak-kanak dan pended4han bahasa Korea walau waktu itu Aliyah masih baru mer4ngkak.
Mengimbas sambutan ulang tahun kelahiran pertama Aliyah tahun lalu, Tan Sri Tony dan Puan Sri Chloe memilih tema tradisi Korea dengan lengkap berpakaian hanbok.

Aliyah Ena bakal menginjak usia dua tahun pada 14 Ogos depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Tan Sri Tony yang meniti usia 59 tahun berkahwin dengan wanita kelahiran Korea Selatan, Puan Sri Chloe Kim pada Oktober 2017 di Cote d’Azur, Perancis.

Puan Sri Chloe pernah melanjutkan pengajian di China dalam bidang linguistik. Dia kini mengikut jejak langkah suami dengan menceburi dunia keusahawanan berasaskan kecantikan iaitu Civasan.

Kredit Instagram @tonyfernandes / Aliyah di samping kakaknya, Stephanie & menantu lelaki Tan Sri Tony

Menerusi perkahwinan terdahulu, Tan Sri Tony mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya ialah anak perempuan bernama Stephanie Fernandes berusia 30 tahun.

Sumber/ Kredit : –NONA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook