Nama Juliana Banos Kini Kembali Menjadi Sebutan Setelah Lama Mendiamkan Diri. Tak Sangka Begini Kehidupannya

Sejak mendirikan rumahtangga bersama usahawan Datuk Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005,pelakon dan penyanyi Datin Juliana Banos mula memperlahankan karier seni nya bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

HANTARAN berjumlah RM77,888.77 yang diterima oleh penyanyi dan pelakon Juliana Azman Banos (Jun) daripada suaminya, Mokhtar Ahmad, usahawan kereta import mewah, mencatat sejarah tersendiri sebagai hantaran termahal yang tidak pernah diterima oleh mana-mana artis tanah air sebelum ini.

Itu tidak termasuk dua bentuk cincin berlian jenama Catier dan Carat Club yang bernilai lebih RM10,000, beg tangan dan dua pasang kasut jenama Louis Vuitton (LV) serta set wangian.

Jun memberitahu, hantaran yang tinggi itu dianggap sebagai hadiah daripada suaminya dan dia bersyukur dengan keikhlasan hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki.

Katanya, angka tujuh adalah angka kegemaran Mokhtar manakala angka lapan pula adalah angka kegemarannya.

Menurut Jun, jika dicampurkan kesemua jumlah 77,888.77, jawapannya 52 dan apabila angka lima dicampurkan dengan angka dua, jawapannya ialah tujuh.

“Itulah keistimewaan 77,888.77 kepada saya dan suami,” kata Jun.

18 Tahun Masih Jadi Sebutan

Kali terakhir Juliana terbabit dalam drama mahupun filem juga sekitar tahun 2005 yang mana filem Ponti4nak Menj3rit dan album Mutiara Jun merupakan karya terakhir Juliana sebelum berehat untuk jangka masa yang panjang.

Kini selepas 18 tahun, nama pelantun Yang Mana Satu ini kembali menjadi sebutan oleh peminat-peminat di media sosial.

Peminat Mahu Juliana Di Gegar Vaganza 

Difahamkan Juliana kini sudah mempunyai tiga orang cahaya mata dan sibuk menguruskan perniagaan bersama suaminya.

Bapa Mokhtar Ahmad, Datuk Ahmad Kemin merupakan pengasas Mutiara Motors. Kini suami Juliana merupakan pengarah urusannya.

Juliana Banos merupakan bekas artis yang pernah bernaung di bawah KRU. Juliana Banos merupakan penyanyi popular yang mana lagunya pernah menjadi hit suatu masa dulu.

Antara lagunya yang popular ialah Cinta Gila, Sayang, Tiap Detik dan lagu duet bersama Indigo berjudul Sehidup Sem4ti.

Juliana Banos juga pernah berlakon dan antara filemnya ialah Gila-gila Pengantin dan Gerak Khas The Movie Bahagian 2.

Beliau juga merupakan peserta yang berjaya mengalahkan Rita Rudaini di dalam pertandingan Dewi Remaja.

Sedikit info Juliana Banos,

Juliana binti Azman Banos (juga dikenali sebagai Juliana Banos, June & Jose), merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia.

Juliana Banos merupakan seorang artis berdar4h kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol.

Dilahirkan pada 26 Mac 1979 berasal dari di Jerantut, Pahang.

Juliana Azman Banos telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005 di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru dengan berwalikan hakim kerana bapa kandungnya berada di Perancis dan tidak dapat hadir.

Sumber: komedimedia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook