[VIDEO] Did4kwa Wajah Sama Dgn Ira Kazar, Sekali Luahan Alyah Buat Peminat Terk3du!

Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa kes4l apabila segelintir netizen yang kerap meninggalkan komen di laman sos1al dengan mengatakan wajahnya sama seperti kebanyakkan orang.

Tidak menyebut sebarang nama, biarpun menyedari dalam dunia ada pelanduk dua serupa namun Alyah meneg4skan dia juga mempunyai wajah dan identiti tersendiri.

“Ini la ya, orang kata manusia ini ada tujuh wajah yang sama… pelanduk dua serupa. Tapi sekali dua boleh la kata muka saya sama dengan sesiapa la ya.

“Tapi kalau setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Ya Allah, ya Tuhanku, saya ada mak awak, saya ada ayah awak, saya ada suami, saya ada muka saya sendiri.

“Kalau ikutkan saya ini dah tua dah, lahir pun 1981… terpaksa pula kita ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu ya… pening,” kata Alyah menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

VIDEO :

Isteri kepada pemuzik terkenal Datuk Ramli MS ini turut memohon agar semua netizen berhenti mengatakan wajahnya sama seperti mana-mana individu.

“Tak kisah la, boleh saja… yela nak cakap macam mana kan, kejadian yang Allah dah bagi. Tapi kalau dah selalu sangat, upload video semua tag orang lain, tag orang tu.

“Rasa macam aku tak ada kehidupan ke? Aku pun nak orang tahu aku ni Alyah. Alyah you all,” katanya lagi.

Bagaimanapun terdapat netizen yang mengaitkan wajah penyanyi itu dengan isteri kedua pengarah Syamsul Yusuf iaitu Ira Kazar.

Malah ada juga antara netizen yang meneg4skan Alyah lebih cantik berbanding individu yang diperkatakan itu.

“Saya tengok sekali imbas pun macam Ira Kazar la pula.

“Iras sikit saja… tapi jauh Alyah cantik lagi. Secara jujur.

“Datin tetap maintain cantik… jangan risau, lain tak sama,” komen netizen.

Sumber/Kredit : Murai.my

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook