Penampilan Terkini Fasha Sandha Selepas Pulang Dari Umrah Dikec4m Netizen

Pelakon, Fasha Sandha mendapat tegvran netizen apabila berkongsi video yang memaparkan dirinya sedang  bersenam di media sosial.

Kongsi Video Bersenam Sambil Promosi Produk Kesihatan

Dalam video itu, Fasha yang lengkap berpakaian sukan dilihat aktif bersenam di dalam sebuah bilik, sambil mempromosikan sebuah produk kesihatan.

“Kesayanganku 💋. Jom exercise dengan Fasha! 😍 Tengok video sampai habis tau.”-Tulis Fasha di Instagram

VIDEO :

“Balik Dari Umrah, Pakai Baju Macam Tu..”

Walaubagaimanapun, video yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha telah menimbulkan pertikaian oleh segelintir netizen yang mempersoalkan Fasha masih belum menutup avrat dengan sempurna biarpun baru sahaja pulang ke tanah air dari menunaikan ibadah Umrah, malah ada yang turut menitipkan doa agar diberikan hidayah.

“Adehh baru balik Umrah kenapa la tunjuk b0dy pada tontonan umum..Moga kak Fasha diberi kesihatan yang baik. Aaamin.”

“Sedih…Jangan la sampai nak jual product sampai terjual segalanya. Sayangnya.”

“Balik dari Umrah, pakai baju macam tu. Patut dah boleh pikir. Sebab bukan budak-budak lagi.”

“Ingatkan dah pakai tudung balik dari Umrah.”

“Subhanallah. Baru balik Umrah. Kenapa perlu pakai macam tu. Pakai sopan pun boleh juga buat exercise.”

Terdahulu, Fasha Sandha pernah mendapat krit1kan netizen selepas berkongsi foto yang menunjukkan dirinya mengenakan kostum menyerupai watak Maleficent lakonan Angelina Jolie, dalam sebuah majlis yang berlangsung di kawasan perumahannya.

Dalam pada itu, Fasha turut membalas komen netizen dengan meminta mereka untuk berikan bukti jika benar dia menyambut perayaan Halloween.

Sumber/Kredit : Murai.my

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook