Walaupun 6 Tahun Masih Berdua, Aprena Manrose Dan Suami Tetap Kekal Romantik

Bahagia dengan cara sendiri, kekal romantik dan masih saling menghargai. Itulah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan kehidupan terkini pelakon cantik Aprena Manrose dan suaminya, Mohd Afiq Hazman.

Biarpun bakal mencecah tahun ke-7 usia perkahwinan mereka, pasangan serasi ini kekal tenang walau masih belum dikurniakan zuriat. Yang penting masing-masing terus saling mencintai, menyayangi dan menyokong antara satu sama lain.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena merupakan anak kepada bekas penyanyi dangdut terkenal, Iwan Syahman. Manakala ibunya, Allahy4rhamah Rosnah Mohd Noor, seorang pelakon filem popular era 80an kelahiran Pasir Puteh, Kelantan.

Memetik kembali kata-kata Aprena yang pernah dikongsi di Instagram peribadinya pada ulang tahun perkahwinan mereka tahun lalu: –

“6 years of marriage and still counting. A strong marriage rarely has two strong people at the same time. It is a husband and wife who take turns being strong for each other when the other feels weak.

“THANK YOU KERANA TAK PERNAH MENGELUH MELAYAN KARENAH ISTERI YOU NI. I LOVE YOU SAYANGKUUU. I LOVE YOU SO MUCH! THANK YOU FOR EVERYTHING.

“Minta jasa baik semua doakan semoga kami kekal hingga ke jannah. Semoga doa berbalik pada you all. Amin.”

SUAMI BERI SOKONGAN
Aprena bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan penuh daripada suami dalam apa jua perkara yang dilakukan. Aprena juga tidak pernah menyembunyikan status perkahwinan mereka kerana baginya restu dan sokongan suami sangat penting.

“Saya bersyukur kerana suami sentiasa memberi sokongan dan paling penting sangat sporting. Selalunya sebelum pergi ke set saya akan selesaikan dulu kerja-kerja rumah. Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya fokuskan kepada tanggungjawab sebagai isteri.

“Cara reward diri pula dengan memberikan hasil yang terbaik dan berkongsi rezeki dengan suami serta ibu bapa. Insha-Allah, hidup kita akan lebih berjaya,” ujar adik kepada Oktovia Manrose ini.

Untuk info, Aprena merupakan graduan Diploma Penyiaran & Filem dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU). Antara impian wanita berusia 29 tahun ini ialah ingin bergelar pelakon teater serta mencuba bidang nyanyian dan pengacaraan.

Kredit Foto: Instagram Aprena Manrose

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Nona