Sunting Nikah 5 Di Thailand, Lando ‘ber4ng’ Gambar Dijadikan Bahan Jenaka

Isu kahwin di Thailand kembali menjadi bualan ramai apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengesahkan dia dan Ira Kazar sudah beberapa bulan bernikah di Thailand dan baru sahaja daftar secara sah di Malaysia pada Jumaat.

Dikesempatan itu, banyak ejen nikah Siam mengambil kesempatan mempromosikan pelbagai pakej perkahwinan di Thailand susulan berita ‘pan4s’ melibatkan pengarah berusia 39 tahun itu.

Lando nikah di Thailand?

Dalam pada itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab menyunting gambar pelakon, Lando Zawawi dalam sebuah poster yang dilihat sedang ‘selfie’ bersama beberapa individu menunggu giliran bernikah di Thailand.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tidak bertanggungjawab tersebut ‘menyunting’ gambar beberapa ‘wanita’ yang dilihat seiras dengan Lando.

Siapa buat ni? Mer4ngkak cari di akhirat

Tidak berdiam diri gambar disalahguna, Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi meluahkan rasa ber4ng dan kecewa apabila individu berkenaan tergamak berbuat sedemikian atas tujuan ‘jenaka’.

Tegas Lando, dia tidak akan memaafkan individu berkenaan dengan mengatakan urusan tersebut diselesaikan di ‘akhirat’ kelak.

“Siapa buat ini? Mer4ngkak cari saya di akhirat.

“Kuota islamik (polig4mi) pun tak tahu, lagi nak bahan orang. Muka macam Ronaldinho pun ada? Nokharom,”tulisnya.

Rata-rata warganet turut terhibur dengan perkongsian itu apabila melihat bilangan ‘isteri’ yang ada dalam gambar berkenaan iaitu melepasi kuota sebenar polig4mi.

Sehingga kini, perkongsian itu menerima lebih 5,000 tanda suka, 426 komen dan 104 perkongsian.

Sumber: Facebook Lando Zawawi, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook