Isteri bergurau hadiah kek batu n1san, 10 hari kemudian suami men1nggal… Menyesal tak sudah! – “Kan dah betul-betul dekat kubvr”

SETIAP kali beralih memasuki tahun baharu, ia bagaikan satu trend bagi rata-rata individu berkongsi ucapan atau highlight yang berlaku kepada mereka sepanjang tahun.

Ada yang berkongsi kisah suka dan duk4, kejayaan, kehilangan serta azam ingin cuba dicapai bagi tahun baharu.

Wanita ini tidak terkecuali berkongsi kisah yang terus segar dalam ingatannya apabila kehilangan suami pada 13 Januari 2022.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa gurauan pada hiasan kek sempena menyambut ulang tahun kelahiran suaminya itu menjadi realiti.

Hasil imbasan ultrasound beserta dialog pasangan ini.

“Siapa suruh letak kubur (hiasan) atas kek. Kan dah betul-betul dekat kubvr (men1nggal dunia),” tulisnya pada video dimuat naik.

Jika diteliti pada gambar yang dikongsikan di TikTok, kek yang diberikan kepada suaminya pada 3 Januari tahun lalu dihiasi replika sekotak r0k0k serta dua buah batu n1san.

Walaupun ia hanya satu kebetulan, namun sudah pasti rasa bersalah membelenggu wanita ini kerana menurutnya dekorasi kek kubvr itu hanyalah sebagai peringatan supaya suaminya berhenti mer0k0k.

“Maafkan sayang. Niat hanya nak suruh berhenti mer0k0k,” jelasnya pada ruangan kapsyen.

Selain itu pada perkongsian sama wanita ini turut berkongsi tentang keh4milan anak pertama mereka pada Januari lalu setelah usia perkahwinan sembilan bulan.

Jelas wanita itu lagi yang memiliki masalah cyst, suaminya merupakan insan paling gembira ketika mendapat tahu mengenai berita keh4milan itu.

Lebih memilvk4n apabila suaminya, seolah-olah mengetahui bahawa dia bakal pergi men1ngg4lkan isteri dan anak yang bakal dilahirkan dengan menitipkan pesanan.

Menurutnya, si suami meminta agar dia membuka buku (rekod kesihatan ibu) di klinik swasta ketika mereka membuat imbasan ultrasound di Klinik Primer Lembah Sireh Dr Siti Sabariah Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

Detik hitam dalam hidupnya bermula apabila suaminya terpaksa ditidurkan pada 8 Januari disebabkan dem4m berpanjangan dengan suhu sekitar 40 darjah celsius selama dua minggu.

Dalam perkongsian sama, dia juga menunjukkan foto anak perempuannya yang selamat dilahirkan 8 Ogos.

Amirah melahirkan anak mereka tanpa suami di sisi.

Majlis aqiqah dibuat oleh keluarga arw4h bagi menyambut kehadiran insan baharu ini pada Disember baru-baru ini.

“Famili ayah (merujuk kepada suaminya) buatkan aqiqah untuk anak kita. Tunaikan janji ayah.

“Tapi ayah janji nak bersanding dengan mummy dan baby masa aqiqah. Tapi ayah t1pu,” luahnya yang sed1h dengan kehilangan suami.

Perkongsian wanita ini di TikTok berakhir dengan foto anaknya dipegang salah seorang ahli keluarga ketika melawat kubvr arw4h.

Sebagaimana dikongsikan, kubvr tersebut baru sahaja dibaik pulih setelah mengalami kerosakan berikutan banjir berlaku baru-baru ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.mstar.com.my/