“Mana ada masak, kawan suami tolong belikan kat kedai mamak la”- Fatin Afeefa

Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang berkongsi momen bahagia apabila isteri kesayangannya itu telah memasak mi segera yang merupakan menu utama sebaik sahaja bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Namun begitu, menerusi IG story yang dimuat naik oleh Fatin di laman Instagramnya, dia menjelaskan mi segera tersebut bukan dimasak olehnya walhal, ia dibeli oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Shah Fahzan yang dipercayai sahabat kepada suaminya di kedai mamak.

“Mana ada masak, Shah Fahzan tolong belikan kat mamak la,” ujarnya ringkas di IG story tersebut.

Difahamkan, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shah di IG storynya, dia telah berkongsi tangkap layar yang menunjukkan suami kepada pelakon itu meluahkan rasa lapar dan meminta supaya membelikannya maggi goreng ayam.

Terdahulu, Aliff yang juga seorang usahawan meluahkan syukur apabila dapat menikmati hidangan air tangan pertama insan tersayang selepas bergelar suami isteri.

Ujar Aliff, kenangan yang dihasilkan adalah perkara yang paling penting berbanding dengan menu yang dimasak oleh isteri dalam mahligai yang terbina.

“Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan,” katanya dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.

Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejvtkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercer4i empat tahun selepas itu.

Sumber: Instagram @fatinafeefa, @shahfahzan, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook