“Dia Pakai Serkup Gitu Pun Lawa” – Netizen Terkesima Dengan Penampilan Simple Fazura

Sejak awal minggu lalu, pelakon Fazura berserta anak dan suami terbang ke Eropah untuk bercuti.

Banyak hantaran yang dikongsikan baik oleh Fazura mahupun suaminya, Fattah sepanjang perjalanan mereka di sana.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah fesyen yang digayakan oleh Fazura memandangkan negara yang dikunjungi mereka kini sedang dalam musim sejuk.

Tidak hanya fesyen tatkala bepergian menjadi sorotan, malah, apa yang dikenakan oleh pelakon Gol & Gincu itu ketika sedang mempromosikan produk kosmetiknya turut mendapat perhatian.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi video yang dimuat naik, Fazura mengenakan baju sejuk lengkap dengan ‘serkup’ di kepala.

Hal ini yang dibincangkan dalam ruangan komen di Instagram Fazura.

“Dia pakai sweater cap cover macam ni pun cantik. Aku pakai auto alien.”

“Tak… masalahnya kenapa dia pakai serkup gitu pun lawa oi.”

“Tak pernah tak cantik!”

Selain itu, ramai antara netizen yang turut memuji kecantikan kulit Fazura.

“Orang kalau dah cantik tak payah susah-susah nak buat kening pakai contact lens bagai dah cantik. Natural beauty.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak