“Tak Ternilai Dengan Wang Ringgit..” Ayu Raudhah Mengandung Lagi, Zaquan Adha Titip Doa Buat Isterinya

Ketua pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Radzak menitipkan dedikasi indah bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-37.

Bagaimanapun, ucapan yang dilampirkan dengan video istimewa menerusi Instagram miliknya itu mencuri tumpuan wargamaya apabila turut memuat naik foto ujian keh4milan yang menunjukkan keputusan ‘p0sitif’.

“Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you, you seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai peng0rbanan you dengan duit ringgit.

“Allah sahaja yang dapat balas peng0rbanan you. I love u till jannah sayangku(pic last tu hadiah i yang tak seberapa untuk you),” tulis Zaquan di dalam video sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Meninjau ke ruangan komen, peminat mendoakan yang baik-baik dan tumpang gembira dengan keharmonian pasangan berkenaan.

Malah, tak kurang yang bertanya sama ada Ayu kini sedang h4mil anak keenam atau sebaliknya.

“Wah nak ada baby lagi. Tahniah happy birthday.”

“Meriahnya anak-anak ramai. Congrats both of you. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad.”

“Semoga jodoh you all berpanjangan hingga syurga Allah dan moga selamat menimang cahaya mata lagi, insyaAllah… MasyaAllah.”

“Preggy lagi ke Ayu? Alhamdulillah rezeki hari jadi. Selamat hari jadi sis yang sentiasa hot dab jelita.

“Happy birthday semoga dapat twin pregnant kali ini.”

Malah menerusi hantaran sama, Ayu dilihat ada membalas muat naik oleh suami;

“Hahaha TQ suamiku sayang,” tulisnya ringkas.

Untuk rekod, Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan bongsu, Muhammad Aisy Al Jibreel.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH