Tandas awam di Kelantan macam tandas hotel lima bintang

Seorang g4dis yang bercuti di Kelantan terkejut melihat kemewahan tandas awam percuma persis tandas di hotel lima bintang.

Menerusi perkongsian video melalui akaun TikTok @lynsopan1911 memaparkan tandas awam di salah sebuah daerah di Kelantan yang lengkap dipenuhi kemudahan dan keselesaan seperti pendingin hawa, mesin penapis air, televisyen dan dekorasi bunga hidup yang segar.

Rentetan perkongsian video itu telah tular, majoriti besar orang ramai terutamanya mereka yang berasal dari luar Kelantan kagum dengan kemewahan dan kemudahan tandas tersebut meskipun hanya tandas awam dan percuma untuk digunakan.

Video:

@lynsopan1911 skrg yakyak aku hilang mnaa pergi entah🤣🤣🤣#kelantanviral #tandasawam #yakyak#fyp ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang memuji sikap orang Kelantan yang disiplin dalam bersama-sama menjaga kebersihan tandas awam tersebut supaya keselesaan dan kemudahan kekal terjaga sepanjang masa.

Setakat ini, video tul4r ini telah meraih lebih 4 juta tontonan dan 377,000 tanda suka dengan 8,226 perkongsian.

Komen netizen:

Sumber : kosmo.com.my

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.keramatviral.com/