“Sweetnya, Makan Disuap Suami..” Ramai Yang Tumpang Happy Lihat Kebahagiaan Intan Salleh

Hampir tiga tahun dihimpit sejarah silam yang menyakitkan, Intan Saleh kini dilihat semakin bahagia dengan kehidupan baharunya bersama suami tercinta dan anak-anak.

Intan juga sering berkongsi video dan aktiviti harian yang dilakukannya bersama keluarga kecil di media sosial. Malah sikapnya yang tidak sombong melayani para peminat membuatkan dirinya semakin disayangi ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

Video terbaru yang dimuat naik di TikTok memaparkan kemanisan hidup Intan bersama suami dan anak-anak telah menerima pelbagai respon daripada netizen. 

“Indahnya kalau ada yang memahami.. Kita lapar dia suap. Hiks!” katanya.

“Alhamdulillah, tuhan uji sebab tuhan tahu kita mampu. $akit susah payah dapat diharung1, kita sahaja yang tahu,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan suaminya melayan baik Intan dan senang melihat kebahagiaan pasangan ini.

“Wah, Intan dah dapat orang yang betul-betul layan untuk jaga dia dengan baik.

“Bila dijaga dengan baik, hati senang dan tenang terus nampak muka berseri-seri.

“Kita akan bahagia bersama orang yang tepat,” tulis netizen.

Untuk rekod, Intan berkahwin dengan Aizam pada 20 Disember 2021 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Ayyaz Muqri yang berusia tujuh bulan.

Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG Intan Salleh