Muat Naik Video Wanita Disarungkan Cincin, Fatin Afeefa Bertunang?

Muat naik menerusi Instagram Stories akaun Fatin Afeefa dengan paparan seorang wanita disarungkan cincin telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak video pendek dengan wajah wanita berkenaan tidak did3dahkan, namun jelas kelihatan cincin disarungkan di jari manis wanita tersebut.

Rakaman yang dimuat naik itu sekaligus mengundang tanda tanya mengenai status terkini Fatin Afeefa. Malah jika diperhatikan rakaman tersebut seperti sedang bertunang.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pelakon Tentang Bulan ini. Berikut adalah muat naik dari Instagram Stories yang memaparkan video buatkan desas desus mengatakan Fatin Afeefa bertunang tersebut:

Lebih menjadi perhatian ramai adalah apabila seorang lelaki yang did4kwa kekasih Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang turut memuat naik gambar seorang wanita berbaju kurung kuning sedang disarungkan cincin.

Kedua wanita itu bagaimanapun turut tidak did3dahkan wajah mereka. Berikut adalah muat naik dari pemuda tersebut:

Sebelum ini tular apabila Fatin Afeefa membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air menerusi satu siaran langsung di sosial media miliknya.

Menurut pelakon wanita ini dia tidak mahu anak-anak terg4nggu dengan kontroversi yang timbul mengenai dirinya ketika itu. Apa-apa pun jika benar Fatin Afeefa bertunang, tahniah kami ucapkan. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari Fatin Afeefa sendiri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL