Ebit lew hadiahkan motosikal untuk minion viral di teluk cempedak

Kalau korang rajin layan TikTok, mesti akan lalu di FYP, perkongsian orang ramai tentang gelagat Minion viral yang sering menghiburkan pengunjung di Pantai Teluk Cempedak, Pahang.

Jadi tumpuan pengunjung

Disebabkan aksinya yang bersahaja dan juga lucu, maskot itu menjadi tumpuan pengunjung di sana terutamanya kanak-kanak walaupun identiti sebenar Minion tersebut masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Malah, disebabkan ‘kuasa viral’ dari TikTok, jumlah pengunjung ke pantai tersebut difahamkan semakin bertambah lagi-lagi sewaktu hujung minggu demi melihat sendiri gelagat Minion itu.

Ebit Lew hadiahkan motosikal

Ekoran itu, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi satu perkongsian video di media sosial miliknya, meluangkan masa bersama individu tersebut di Teluk Cempedak.

Selain memberi sejumlah wang sebagai bantuan, Ebit Lew turut menghadiahkan sebuah motosikal Ego Avantiz kepadanya untuk memudahkan dia mencari rezeki sebagai Minion dari 5 petang hingga 12 malam.

Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan berasal dari Rompin, Pahang dan menyewa bilik di Kuantan bersama rakannya.

Video:

@ustazebitlew Hadiahkan Motor Ego Avantiz pada Minion Teluk Cempedak Kuantan yang tular di tik tok. Sebak dengar kisah adik ni. Aksi lucu adik ni mengundang rasa sebak yang melihatnya di Tik tok. Setiap hari mencari rezeki jadi minion dari 5petang sampai 12 malam. Menghiburkan orang lain disana. Saya pernah pakai maskot sejam je dah rasa macam tak bernafas. Panas lagi. Hebat adik ni. Suka tengok anak muda kuat berusaha cari rezeki#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp#minion ♬ Jadi Kenangan – Syahriyadi

Sumber: Ustaz Ebit Lew

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://ohbulan.com/