[VIDEO] Dah 2 jam majlis hari jadi anak bermula, Ibu sedih 2 tetamu je yang hadir

Di Tiktok, sambutan hari jadi seorang kanak-kanak yang dirancang dengan meriah bertukar menjadi hari yang menyedihkan buatnya apabila hanya dua tetamu orang sahaja hadir, daripada 30  yang diundang ke sambutan itu.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh wanita di akaun TikTok @livewithbabyaxelito2, acara memotong kek bertukar ‘sendu’ akib4t ketidakhadiran tetamu.

Bayangkan umur lapan tahun dan menjemput seluruh kelas hanya untuk mereka tidak muncul.

Dalam pada itu, wanita terbabit turut berkongsi beberapa keping foto anak lelakinya yang sedang menunggu kemunculan rakan sekelasnya hadir ke pesta ulang tahun yang dirancang itu. Malah, anak lelakinya itu juga memperlihatkan wajah sedih sambil melihat sekeliling dengan kegusaran.

Saya akan tidur sebentar supaya masa berjalan lebih cepat dan rakan-rakan saya muncul.

Saya membeli banyak tiket tapi tiada orang yang datang. Sudah pukul 5 petang dan tiada sesiapa. Hanya dua daripada 30 kanak-kanak yang datang.

Akhirnya, pasangan suami isteri berkenaan mengagihkan ‘candy doorgift’ yang berlebihan itu kepada semua kanak-kanak yang ada di sekeliling kawasan pesta itu kerana tiada tetamu lain yang muncul.

Video:

@lifewithbabyaxelito2 ♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Sumber: Tiktok

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://ohbulan.com/