“Semoga ‘kuah’ tidak mengalir dekat abang..” Noorkhiriah Harap Anak Tak Ikut Jejak Langkah Jadi Pelakon

BIARPUN pelakon berbakat besar ini mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang seni, namun itu bukan bermakna empunya nama Noorkhiriah Ahmad Shapie menggalakkan anak-anaknya untuk mengikut jejak langkahnya.

Bagaimanapun, teraju utama drama bersiri Kerana Cintaku Saerah ini tidak menghalang sekiranya dua anaknya, Muhamad Hudhaifah Azfaizul, 6, dan Muhamad Yusoof Azfaizul, 4, lebih cenderung meminati bidang seni pada masa hadapan.

“Susah nak cakap bila dah minat, sebab ketika awal-awal kemunculan saya sebagai pelakon, arw4h ayah tidak mengizinkan.

“Kalau betul jalannya, saya tak kisah. Tapi, jika boleh saya nak elakkannya. Saya tak h4lang, tapi jika boleh dielakkan, maka lebih baik kita menjauhkannya,” katanya.

Kata Noorkhiriah, keputusan itu dibuat berikutan pelbagai cab4ran yang perlu dilaluinya semenjak berkecimpung dalam bidang glamor ini pada 1997.

Khiriah, 43, secara berseloroh turut berpesan agar Hudhaifah menyediakan wang simpanan secukupnya jika ingin bergelar seorang artis sebagai persediaan ketika waktu $ukar.

“Jadi artis ini adakalanya indah khabar daripada rupa. Tiada job, $akit bang (Hudhaifah). Semoga ‘kuah’ tidak mengalir dekat abang.

“Andai abang nak jadi artis, pastikan dalam akaun ada simpanan tujuh keturunan makan tak habis!,” katanya.

Khiriah berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di lnstagram bersempena sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu.

Sementara itu, Khiriah yang menerima trofi Pelakon Komedi Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2022 (ASA2022) barubaru ini memberitahu tidak akan berhenti berlakon selagi khidmatnya diperlukan.

“Saya tiada rahsia dalam kejayaan. Apa yang penting adalah ikhlas. Kalau kerja mengharapkan anugerah kita akan kec3wa jika tidak menerimanya.

“Harga kerja saya sama sahaja daripada dahulu. Tak boleh nak ‘tekan’ sangat sebab fikirkan orang lain juga mahu cari makan tapi perlulah berpatutan,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar