“Tengok Cermin, Macam Mengandung 4 Bulan,” – Ada Tegur Badan Naik Selepas Bersalin, Uyaina Arshad Sedih Sebab…

Semalam pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah mengadakan sesi soal jawab bersama para pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di Instagram.

Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama.

Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih.

“Paling menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut bvncit sangat selepas bersalin,” tulisnya.

Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubvh badan yang ideal.

Bagaimanapun, dia juga faham mengenai k3san-k3san yang akan berlaku selepas bersalin secara pembed4han.

“Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Siksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan.

“Tapi perlahan-perlahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembed4han. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surely,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran 21 Disember tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulong yang diberi nama Raja Ulhan.

Raja Ulhan telah selamat dilahirkan secara pembed4han pada 8 September lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.mediahiburan.my/