“Alhamdulillah saya sudah sihat…” – Ustaz Kazim Elias

“Alhamdulillah saya sudah sihat… selepas terima raw4tan di bumi Madinah,” kata Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, k3sihatannya kini bertambah baik selepas membuat raw4tan alternatif di bumi Madinah September lalu.

“Saya pergi ke Madinah untuk mendapatkan raw4tan dan Alhamdulillah saya sudah sihat sepenuhnya.

“Selepas mendapat raw4tan selama empat hari di sana, seolah-olah keaja1ban apabila wajah saya tidak lagi lvka dan berd4rah secara tiba-tiba serta tidak lagi perlu memakai topeng untuk pergi berceramah sebelum ini,” katanya kepada sidang media khas di Kompleks Darul Barakah, Manjoi di sini hari ini.

Beliau berkata, raw4tan alternatif di buat bersama di dua lokasi oleh dua pakar di kawasan Badar, Madinah.

“Sebelum ini saya menerima tawaran dari enam pakar di India, satu pakar di London dan di Madinah, namun saya memilih untuk membuat raw4tan di Madinah.

“Saya menerima raw4tan alternatif menggunakan air dari telaga Nabi Muhammad S.A.W yang masih wujud di Badar,” katanya sambil memaklumkan akan mengadakan ceramah agama di beberapa lokasi di Kuantan esok dan turut menerima jemputan berceramah di Selangor pada Selasa.

Beliau turut mengulas berhubung perdeb4tan dan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya tiba-tiba menjadi sihat sebaik menerima tawaran menjadi calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

“Ada yang mengatakan dalam masjid s4kit… sewaktu dapat tawaran (calon) sihat pula. Sebenarnya kalau orang bercakap sedemikian mengikuti aktiviti seharian, saya sekarang sebenarnya memang sudah sihat.

“Cac1an dan mak1an itu tidak menjejaskan saya. Kalau orang kvtuk dan m4ki berkilo-kilo dalam media saya tidak simpan dalam hati. Tidak apa kerana saya sudah lama dalam berdakwah, sudah memahaminya.

“Cuma saya berharap janganlah menc4ci, menc3rca dan memb3nci sangat, gunakanlah tutur kata yang baik kerana habis pilihan raya kita semua berjumpa juga di masjid, surau, pasar,” katanya memaklumkan hampir seribu orang yang hadir semalam bertanyakan keadaannya susulan isu yang mel4nda.

Dalam pada itu, beliau berkata tidak menjadi keberatan untuk membantu abangnya bertanding dalam pilihan raya namun dalam bentuk memberi ceramah agama tanpa berlatarkan bendera parti.

Katanya, jika sebelum ini pelawaan Presiden BN mewakili parti menjadi calon atas dasar membantu masyarakat dalam bentuk dakwah, maka selepas prinsip sebagai pendakwah akan tetap diteruskan.

“Kalau Najmuddin nak minta tolong kempen, saya minta maaf dan kalau Shafiq nak minta tolong kempen menggunakan logo BN pun saya minta maaf.

“Tetapi kalau mereka menjemput saya atas tiket sebagai pendakwah biasa dan tidak ada bendera mana-mana parti di belakang saya terima, sebab waktu inilah saya nak mengajak orang berkasih sayang,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM