Biodata Chombi, Penyanyi Lagu Sayunk I Love You

Lagu Sayunk I Love You kini cukup popular dan mendominasi carta Youtube serta jadi pilihan ramai untuk digunakan sebagai latar muzik di TikTok. Siapa sangka pemilik suara yang menyanyikan lagu ini dikenali dengan nama Chombi sebenarnya adalah anak kepada komposer dan penyanyi, Apak Harry Khalifah.

Pemilik suara lagu ini memiliki penampilan yang cukup menarik dan disenangi penonton. Tapi siapakah sebenarnya Chombi dan dari manakah datangnya gadis tersebut? Jom kenalinya menerusi biodata Chombi yang disediakan ini.

Biodata Chombi

NAMA PENUH: Siti Maryam Ahmad Sairi

NAMA POPULAR: Chombi

UMUR: 15 tahun

TARIKH LAHIR: 21 Januari 2007

INSTAGRAM: sitimaryam_chombi

Foto

biodata chombi 3biodata chombi 1biodata chombi 2

Kerjaya

Bakat nyanyian dan minatnya mula dik3san seawal usia 7 tahun oleh bapanya sendiri iaitu Apak Harry Khalifah. Namun mula terjun ke dunia hiburan tanah air ketika usianya 13 tahun iaitu dua tahu yang lalu.

Sebelum ini Chombi pernah terkenal menerusi lagu pertamanya yang berjudul Rindu Rindu sekitar dua tahun lalu. Kini lagu Sayunk I Love You jadi taruhan dan berjaya menambat hati ramai.

Muzik video rasmi lagu Sayunk I Love You ini baru sahaja dimuat naik tiga minggu lalu namun sudah mencecah 4.4 juta tontonan di Youtube. Majoriti peminat gadis ini menggemari alunan suaranya yang dikatakan lunak merdu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL