Halim Bisik Terpegun Kecantikan Sharifah Husna Buat Ramai Netizen Cair

Selepas bergelar pengantin baharu, pasangan pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna terus menarik perhatian netizen bagi mengikuti kehidupan ‘sweet’ mereka sebagai suami isteri.

Terbaru, Halim ada memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dia memuji kecantikan isterinya yang mengenakan hijab di dalam kereta mereka.

@halimradz MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah 🤲🏼 @Sharifah Husna ♬ original sound – HALIM RADZI

Menerusi rakaman berdurasi 45 saat tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa terpegun terhadap kecantikan Husna sehingga memberikan kata-kata romantis buat wanita berkenaan.

Husna yang dilihat tersipu-sipu malu mengatakan dirinya biasa sahaja, tetapi Halim meyakinkan bahawa kecantikan dimiliki isterinya adalah ‘luar biasa’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Halim Radzi (@halimradzi)

“Aduh cantiknya, ya Allah cantiknya.. malu? Malu kenapa? Yelah sebab cantik, I tak puji pun tetap cantik. Haihh luar biasa (cantik)…
“Assalamualaikum bidadari syurga.. sayang sangat,” kata Halim dengan nada berbisik.

Pada ruangan kapsyen pula, aktor drama Jangan Menangis Cinta itu mengucapkan terima kasih atas doa dititipkan orang ramai sempena perkahwinannya yang berlangsung minggu lalu.

“MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata memuji aksi romantis pasangan berkenaan sehingga membuatkan segelintir golongan ‘single’ berasa sunyi seketika.

Macho suara, macam Jalaluddin Hassan versi muda

Menangis ‘single’ tengok ni

Moga bahagia hingga ke syurga

Aku pula yang malu-malu

Cantik bila Husna bertudung

Terdahulu, Halim dinikahkan sendiri oleh bapa Husna, Syed Faizal Syed Mohd. dengan sekali lafaz di rumah pengantin perempuan di Kajang, Selangor.

Sumber: TikTok & Instagram Halim Radzi, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook