“Itu Cara Baik Untuk Saya Men0lak..” Kalau Tak Boleh Menyanyi Jang4n Mimpi Nak Duet Dengan Jamal Abdillah

Kuala Lumpur: Walaupun bersikap terbuka dengan mana-mana penyanyi yang ingin berduet dengannya, tetapi Datuk Jamal Abdillah, 63, tetap memilih dan membuat ‘kerja rumah’ sendiri bagi memastikan keputusan diambilnya tepat.

Jamal berkata, beliau perlu ambil tahu tahap kemampuan bakal rakan duetnya bagi memastikan kerjasama dibuat mereka berhasil.

Katanya, jika individu itu memang tidak boleh menyanyi akan terus dit0lak.

“Cara saya men0lak dengan meletakkan bayaran yang tinggi. Saya akan letak satu harga tidak munasabah. Bagi saya, ia cara yang baik untuk menolak.

“Saya pernah menolak menyanyi lagu untuk filem dan individu juga. Tapi, kalau dia nak juga (menyanyi duet) okeylah, sanggup bayar. Dah bayar, boleh. Tapi, kena ikut juga kehendak saya,” katanya.

Menurut Jamal, beliau tahu kecanggihan studio digital masa kini yang mampu membuat suara nyanyian lebih baik. Namun, tetap kena mengikut kehendaknya kerana dia amat menjaga kualiti sebagai penghibur berpengalaman.

“Apapun, belum cuba belum tahu. Jadi, saya tak mahu kata seseorang itu tak boleh menyanyi lebih awal. Mana tahu, kena pula dengan studio digital sekarang yang boleh bentuk suara dengan baik. Jadi pula suara dia, kita tak tahu.

“Macam anak saya dulu, Zaki. Saya pernah ‘underestimate’ (merem3hkan) dia, tak boleh. Tapi, bila dia buat (nyanyi), eh boleh pula budak ini. Jadi, kita tak boleh buat k3simpulan dulu,” katanya.

Jamal yang hingga kini tak pvtus menerima undangan nyanyian berkata, kini ramai penganjur akan menghubungi isterinya, Datin Zai Izzati menerusi Instagram.

Katanya, ia amat mudah kerana segala maklumat diperlukan penganjur ada di situ.

“Selain bayaran bertepatan, saya juga akan pastikan lima perkara ini iaitu ‘4W 1H’ untuk ejen penganjur maklumkan kepada saya bagi membuat persediaan. Saya perlu tahu ‘4W’ itu ‘where’ (di mana), ‘when’ (bila), ‘what’ (apa), ‘who’ (siapa) dan ‘1H’ juga ‘how’ (bagaimana).

“Ia penting kerana memudahkan saya untuk mempersiapkan diri dengan penampilan yang sesuai. Kalau salah satunya dari ‘4W 1H’ itu tidak cukup, saya akan marah sebab kenapa tak dapatkannya secara terperinci,” katanya.

Baru-baru ini, Jamal yang berduet menyanyikan lagu Gadis Melayu bersama Zaki Yamani dalam program MeleTop sangat menarik perhatian ramai dan mendapat pujian daripada warga maya.

Jamal berkata beliau juga ada merakamkan lagu bersama dua anaknya, Yamani Abdillah dan Zaki yang belum dilancarkan lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro