“Hidung Saya Masih Asli..” Zara Zya Tak Kisah Orang Bandingkan Wajah

“Ada duit semuanya boleh buat,” kata pelakon dan usahawan, Zara Zya mengenai perubahan pada wajah seseorang selebriti.

Ia susulan hantaran video dan gambar dimuat naik pengguna laman sosial yang membandingkan wajah dulu dan kini beberapa selebriti tanah air, termasuk Zara.

Zara, 37, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, tidak menjadi masalah jika ada mana-mana selebriti yang mendapatkan raw4tan wajah demi menjaga penampilan mereka.

“Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada ‘filter’, sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan ‘filter’ pun kena menggunakan telefon bimbit mahal.

“Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan raw4tan muka. Sekarang, ada banyak termasuk raw4tan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Zara yang popular menerusi drama Risik Pada Hati ditemui pada Majlis Pengumuman Kerjasama antara Zara Zya dan Syarikat Gold Sand Empire Sdn Bhd dalam menghasilkan produk k3sihatan wanita, Pasima, di sini, hari ini.

Menurut Zara, dia juga tidak ada masalah jika ada mana-mana pihak membandingkan wajahnya yang dulu dan sekarang.

“Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.

“Kalau cvcuk atau ambil sunt1kan pun ia untuk k3sihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin,” katanya.

Mengenai kerjasama yang terjalin, Zara berkata, dia mengambil masa lama untuk memberikan persetujuan kerana mahu melihat dan mencuba sendiri kandungan produk itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Harian Metro