Ramai Kagum Syahmi Sazli Hadiahkan Iphone 14 Kepada Pekerjanya

Tindakan pengarah filem dan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli menghadiahkan sebuah telefon pintar jenis iPhone 14 kepada seorang pekerjanya meraih pujian ramai di laman Facebook.

Menerusi satu muat naik video di akaun Syahmi Sazli Production, YouTuber berusia 27 tahun itu berkata, dia memilih pekerja wanita tersebut selepas dinilai oleh beberapa faktor.

Iphone 14 untuk pekerja air balang Mi (nama panggilannya). Mi pilih berdasarkan pelbagai sudut,” tulis pengarah filem fenomena Mael Totey itu semalam.

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan dia menghulurkan kotak produk keluaran Apple tersebut kepada pekerjanya sambil diperhatikan oleh kakitangan yang lain.

Sebaik menerima, wanita terbabit menunjukkan reaksi segan namun dalam masa sama tersenyum gembira atas pemberian yang penuh berharga itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Syahmi yang menghargai pekerja dalam membantu perniagaannya sehingga laris dengan keuntungan berlipat kali ganda.

Malah, ada juga segelintir individu berharap dapat memiliki majikan seperti YouTuber itu yang sering berkongsi rezeki sekali gus merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Takde isu, pekerja lain pun dapat hadiah – Syahmi

Majikan yang hargai pekerja

Alhamdulillah.. murah rezeki

Boleh jadi teladan kepada majikan lain

Nak sangat majikan macam Syahmi

Susah nak jumpa majikan macam ni

Terdahulu, perniagaan air balang Syahmi terus mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan yang beratur panjang selepas mula ditul4rkan sejak bulan puasa lalu.

Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM