“Semua Comel Masa Kecik2, Yang Baju Merah Tu Dah Kahwin Dah Pun Haa…”-Netizen

Tentang Bulan adalah salah sebuah filem yang mengisahkan tentang 5 sahabat tinggal di sebuah kampung. Filem ini diterbitkan pada tahun 2005, namun sehingga kini masih ada yang ingat akan jalan cerita mengisahkan kanak-kanak yang penuh keceriaan.

Dari filem inilah Fatin Afeefa, Aedy Ashraf, Erin Malek dan ramai lagi mula terkenal dalam arena lakonan tanah air. Bermula dari pelakon kanak-kanak dan kini k3semua pelakon utama Tentang Bulan sudah pun meningkat dewasa.

Antara yang masih aktif berlakon adalah Aedy Ashraf dan Erin Malek. Sudah tentu kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air membuatkan ramai akui bakat pelakon Tentang Bulan ini.

Terbaharu satu kompilasi video tentang pelakon Tentang Bulan dulu dan sekarang ini telah mencvri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian video berkenaan:

@cikdirraa Tentang bulan ❤️ #CapCut #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #support ♬ original sound – Cikdirra🍃

Buat yang membesar di era filem ini diterbitkan pasti masih ingat dengan setiap seorang pelakon Tentang Bulan. Antaranya adalah Nik Adruce sebagai Abu Bakar, Fatin Afeefa sebagai Ila, Aedy Ashraf sebagai Mawi, Erin Malek sebagai Zurina, Muhammad Nasiruddin sebagai Ketot dan Nor Zam Zam Zakria sebagai Budi.

Perkongsian video tersebut di TikTok telah membuatkan ramai mengimbau akan kehebatan jalan cerita dan lakonan pelakon filem tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Dah besar semua”

Screenshot at Oct 03 08-47-03

“Sat ja masa berlalu klau boleh nak tengok ja cerita nie time dia orang besar”

Screenshot at Oct 03 08-46-28

“Best gilar cite ni”

Screenshot at Oct 03 08-46-05

“Rindu zaman mereka. Semua dah besar. Seorang je dah kahwin yang lain belum”

Screenshot at Oct 03 08-45-38

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: HCL