Setelah 4 Bulan Putvs Cinta, Akhirnya Raysha Rizrose Sedia Jadi Isteri Pelumba Kereta

Pelakon Raysha Rizrose, 26, pernah sekali mengalami ‘putvs cinta’ dengan kekasihnya, Nabil Jeffri, 29, juga seorang pelumba kereta Formula 3 sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak dari sekolah menengah.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 26, berkata, mereka pernah putvs hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil,29, yang juga pelumba kereta Formula 3 berjaya memujuknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farza Naquraisha Rizrose, 25. (@raysharizrose)

“Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami jalani hubvngan jarak jauh, masing-masing ada komitmen sendiri. Sedar-sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlaku.

“Sebenarnya untuk fasa ini, Nabil sudah bersedia (berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya. Kalau nak diikutkan kakak saya (Uqasha) pun baru kahwin.

“Apapun, pada umur sekarang semestinya kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” katanya kepada MH.

Raysha yang juga Juara Dewi Remaja 2015 ini membuat penampilan pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen Rizman dan Ruzaini, sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk rekaan.

Ditanya mengenai bila hatinya terdetik untuk menjalani kehidupan berumah tangga, Raysha akui perasaan itu hadir sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farza Naquraisha Rizrose, 25. (@raysharizrose)

“Sebelum ini bila ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tidak pernah buat saya tert3kan. Sebab saya percaya bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.

“Kini saya rasa detik itu sudah sampai, rasa tiba-tiba macam saya sudah 26 tahun, alhamdulillah dah capai apa yang dimahukan, kakak semua pun sudah berkahwin. Jadi inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farza Naquraisha Rizrose, 25. (@raysharizrose)

Mengulas pula impian perkahwinannya, Raysha berkata sebagaimana wanita lain, dia juga mahu merasai proses merisik, bertunang dan seterusnya majlis perkahwinan. 

Apapun, katanya, dia menginginkan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikannya bersama-sama.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH