Najwa Rela Tolak Masuk Pertandingan Menyanyi Kerana Sedar Diri Tak Cantik Dan Suara Biasa

Lama rasanya tak dengar cerita tentang penyanyi Najwa Latif. Umum mengetahui Najwa kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Meskipun tidak lagi muncul di kaca televisyen, namun Najwa atau lebih masa disapa Wawa masih aktif di media sosial demi peminatnya.

Baru-baru ini, Najwa menjawab persoalan peminat bilakah penyanyi itu akan menyertai pertandingan nyanyian seperti Gegar Vaganza serta membuat comeback.

PENYANYI yang telah lama tidak memunculkan diri atau bergerak aktif dalam industri seni pastinya akan disebut-sebut peminat untuk menyertai program Gegar Vaganza.

Apatah lagi, umum mengetahui pertandingan itu semenangnya cukup sinonim mengembalikan penyanyi lama dan berpengalaman ke televisyen sekaligus bers4ing merebut gelaran juara.

Tidak hanya itu, platform berkenaan cukup baik untuk mer4ncakkan kembali karier penyanyi yang sudah lama menyepi.

Bagi penyanyi Najwa Latif, dia mengakui sering mendapat pertanyaan sama daripada peminat apatah lagi dia kini dilihat menyepi daripada dunia hiburan ekoran sibuk dengan karier sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Najwa Latif tidak akan masuk mana-mana pertandingan.

Najwa atau Imratul Najwa Latif, 27, bagaimanapun menjelaskan dia tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kerana sedar akan kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi.

Menurut Najwa, dia sedar bahawa suaranya biasa sahaja serta tidak mempunyai pakej lengkap seperti penyanyi-penyanyi lain serta menolak utnuk menyertai pertandingan menyanyi.

“Saya pernah menjawab soalan ini, saya akan jawab sekali lagi. Berkemungkinan besar saya tak masuk mana-mana pertandingan sebab saya tahu suara saya average (sederhana),” katanya.

Najwa yang popular menerusi lagi Cinta Muka Buku itu berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan peminat di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, tidak hanya berasa rendah diri tentang kekuatan vokal, Najwa memberitahu dia sedar pakejnya sebagai seorang penyanyi tidak sehebat artis ternama lain.

Dalam pada itu, Najwa juga sedar akan rupa parasnya serta tidak bergaya dan tidak pandai bergaul dengan individu lain. Katanya lagi, dia lebih memilih untuk membuat hal sendiri daripada bertanding.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat. Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” katanya

Perkara itu juga membuatkan dia sedar diri dan lebih senang dengan caranya yang tersendiri.

“Kalau tengok semua orang pun, pakej saya kal4h jauh. Saya tak cantik macam penyanyi lain, saya tak bergaya. Saya tak pandai bergaul sangat.

“Kita sedar diri, baik kita tak payah (masuk)… buat hal kita sahaja,” katanya.

Terdahulu, single pertamanya iaitu Cinta Muka Buku yang merupakan single pertamanya telah meledak sehingga ke pentas final Anugerah Juara Lagu 26 dimana ketika itu Najwa baru berusia 16 tahun.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar, rotikaya